Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : salah dlm segala hal, bagaimanapun salah juga; keserbasalahan keadaan serba salah: pan-dangan ini menggambarkan ~ di kalangan pengarang Afrika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ba­gaimanapun salah juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Puisi
 

Hujan lebat selalu bah,
     Bunyi berdentum tali temali;
Hendak balik serba salah,
     Baik kulangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Diiringkan menyepak,
     dikemudiankan menanduk.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
roplah[ҍp.lAh]kata adjektifserba salah, gelisah, cemas; ropelah.Sepa tengok hang ni ropelah saja, tunggu keputusan pereksa.[sE.pA tE.N/ hAN ni ҍp.lAh sA.dZA tuN.gu k«.pu.tu.sAn p«.Òe/.sA]Kami lihat kamu sentiasa gelisah semasa menunggu keputusan peperiksaan.
ropelah[Òo.p«.lAh]kata adjektifserba salah, gelisah, cemas; roplah.Sepa tengok hang ni ropelah saja, tunggu keputusan pereksa.[sE.pA tE.N/ hAN ni Òo.p«.lAh sA.dZA tuN.gu k«.pu.tu.sAn p«.Òe/.sA]Kami lihat kamu sentiasa gelisah semasa menunggu keputusan peperiksaan.

Kembali ke atas