Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan bebe­rapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya di­jadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik; mensistemkan menjadikan bersistem; pensisteman proses menjadikan bersistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1 cara atau kaedah melakukan sesuatu; cara yg teratur utk melakukan sesuatu; pendapat yg teratur dan tersusun baik-baik yg dijadikan pe­gangan: ~ pendidikan; ~ pemerintahan demokrasi. 2 kumpulan beberapa ba­hagian atau alat yg sama-sama bekerja utk tujuan yg satu: ~ urat saraf. ~ saraf pusat kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. ~ interaktif ist sistem yg membolehkan pengguna berhubung terus dgn atur cara komputer yg sedang dijalankan, iaitu yg melibatkan komunikasi dua hala. ~ pengendalian cakera ist perisian utama yg mengawal pengendalian sistem yg dimuatkan ke dlm cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cengkerewang[tS«N.k«.ÒE.wAN]kata adjektiftidak beraturan, tanpa sistem, tinggi rendah; cengkerawang.Jalan kat kampong tu cengkerewang sunggoh, pasai tula kreta susah nak lalu.[dZA.lAn kAt kAm.poN tu tS«N.k«.ÒE.wAN suN.goh pA.sAj tu.lA kÒE.tA su.sAh nA/ lA.lu]Jalan di kampung itu tinggi rendah, sebab itulah kereta susah hendak lalu.
cengkerawang[tS«N.k«.ÒA.wAN]kata adjektiftidak beraturan, tanpa sistem, tinggi rendah; cengkerewang.Jalan kat kampong tu cengkerawang sunggoh, pasai tula kreta susah nak lalu.[dZA.lAn kAt kAm.poN tu tS«N.k«.ÒA.wAN suN.goh pA.sAj tu.lA kÒE.tA su.sAh nA/ lA.lu]Jalan di kampung itu tinggi rendah, sebab itulah kereta susah hendak lalu.

Kembali ke atas