Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : tinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah: hanya orang yg ~ dan bong­kak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri me­ninggi-ninggikan (memegahkan) diri. kesombongan sifat sombong; keangkuhan. penyombong orang yg sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dagangan datang dari Melaka,
     Timbang mari dacing tembaga;
Cakap sombong saya tak suka,
     Lantai nibung makan kepala.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Lonjak sebagai labu dibenam.

Bermaksud :

Sombong, angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merak[m«.ÒA/]kata adjektifsombong, angkuh dan suka peraga diri.Penyanyi tu merak sunggoh, dia ingat dia sorang saja baguih.[p«.øA.øi tu m«.ÒA/ suN.goh di.jA i.NAt di.jA s.ÒAN sA.dZA bA.guih]Penyanyi itu berlagak sombong, dia sangka dia seorang saja yang pandai menyanyi.
bretoh[bÒ«.toh]kata kerjabergesel, bersentuh, berlaga, berlanggar (biasanya dengan tidak sengaja).Amboi sombong sunggoh orang kaya baru tu, sampai bretoh bahu pon dia tak tegoq.[Am.boj som.bong suN.goh .ÒAN kA.jA bA.Òu tu sAm.pAj bÒ«.toh bA.hu pon di.jA tA/ t«.gâÖ]Amboi, sombong benar orang kaya baru itu, bergesel bahu pun tidak ditegurnya.
juah[dZu.wAh]kata adjektifberlagak sombong, angkuh dan megah (kerana sesuatu kelebihan yang dimiliki).Mokalu hang anak orang kaya, jangan tunjok juah sangat kat orang.[m.kA.lu hAN A.nA/ .ÒAN kA.jA dZA.NAn tun.dZo/ dZu.wAh sA.NAt kAt .ÒAN]Kalaupun engkau anak orang kaya, janganlah berlagak sangat.

Kembali ke atas