bujang seron | [bu.dZAN sE.Òn] | | perempuan yang diceraikan oleh suaminya (janda) setelah dikahwinnya dalam waktu yang singkat. | La ni Timah tu bujang seron pasai laki dia cerai dia lepaeh kawen dua ari. | [lA ni ti.mAh tu bu.dZAN sE.Òn pA.sAj lA.ki di.jA tS«.ÒAj di.jA l«.pAEh kA.wEn du.wA A.Òi] | Sekarang ini Si Timah itu menjadi bujang seron kerana diceraikan oleh suaminya setelah berkahwin selama dua hari. |
nasik tangaeh | [nA.si/ tA.NAEh] | | perbuatan isteri yang jahat untuk membodohkan suaminya dengan cara memperbomohkan melalui nasi yang bercampur najis. Nasi yang dibubuh kotoran najis dengan jampi serapah itu diberi makan kepada suami agar menurut kata, tidak melawan malah menjadi seolah- | Bini deraka hak bagi laki dia makan nasik tangas tentu jadi isi neraka. | [bi.ni d«.ÒA.kA hA/ bA.gi lA.ki di.jA mA.kAn nA.si/ tA.NAEh t«n.tu dZA.di i.si n«.ÒA.kA] | Isteri durhaka yang memberi suaminya makan nasi tangas tentu akan menjadi isi neraka. |
entang | [En.tAN] | kata kerja | hormat, peduli. | Ada dia entang adek-beradek laki dia mai? | [A.dA di.jA En.tAN A.de/.b«.ÒA.de/ lA.ki di.jA mAj] | Adakah dia peduli saudara mara suaminya datang? |
cenoi | [tS«.noj] | kata nama | sejenis minyak pengasih yang dihasilkan daripada pelbagai tumbuhan (pokok, cendawan dan lain-lain) | Kalu pompuan kena palet minyak cenoi dia lari tinggai laki dia. | [kA.lu pom.pu.wAn k«.nA pA.let mi.øA/ tS«.noj di.jA lA.Òi tiN.gAj lA.ki di.jA] | Perempuan yang terkena palitan minyak cenoi, akan lari meninggalkan suaminya. |