Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sudah;

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lus[lus]kata adjektiflonggar (misalnya skru dan sebagainya).Sekeru tu lus dah, pasai trip dia hus langsong.[s«.k«.ru tu lus dAh pA.sAj trip di.jA hus lAN.soN]Skru tu sudah longgar kerana bunganya sudah haus.
rap[ÒAp]kata adjektif1. sudah siap dikerjakan atau disiapkan untuk ditanami.Kita kena rap bendang kita ari Rabu depan, pasai depa nak tanam sekali pakai mesen.[ki.tA k«.nA ÒAp b«n.dAN ki.tA A.Òi ÒA.bu d«.pAn pA.sAj dE.pA nA/ tA.nAm s«.kA.li pA.kAj me.sen]Kita mesti menyiapkan bendang kita pada hari Rabu depan, kerana kerja-kerja penanaman padi akan dijalankan serentak dengan mesin.
dahdah[dAh.dAh]kata tugasbersedia, dahulu, sudah siap, selesai.Siapla dahdah sebelom depa mai.[si.jAp.lA dAh.dAh s«.b«.lom dE.pA mAj]Bersiaplah dahulu sebelum mereka datang.
hangit[hA.Nit]kata adjektifbersungguh-sungguh (kiasan).Dia pulon hangit nak bagi sudah kreja tu.[di.jA pu.lon hA.Nit nA/ bA.gi su.dAh kÒ«.dZA tu]Dia bekerja bersungguh-sungguh untuk menyudahkan kerja itu.
periat[p«.Òi.jAt]kata kerjamenduga, mengagak, meneka, meramal, serkap jarang.Mokalu hang tak reti, hang dok sengap sudah la, jangan la nak periat pulak.[m.kA.lu hAN tA/ Ò«.ti hAN do/ s«.NAp su.dAh lA dZA.NAn lA nA/ p«.Òi.jAt pu.lA/]Kalau kamu tidak tahu, diam sajalah, jangan cuba meneka.
memalek[m«.mA.le/]kata kerjamenenggala atau membajak sawah pada peringkat kedua dengan cara membalikkan tanah (tahi tenggala) yang sudah ditenggala.Abeh memalek ni buleh la membongkaq pulak dengan sisiaq.[A.beh m«.mA.le/ ni bu.leh lA m«m.boN.kA)Ö pu.lA/ d«.NAn si.si.jA)Ö]Setelah selesai menenggala, bolehlah membongkar, dengan menggunakan sisir.
makngot[mA/.Nt]kata adjektifberkenaan orang yang tidak cergas atau lembab.Makngot betoi budak tu, suroh kupeh nyoq sebijik pon dekat setengah jam baru sudah?[mA/.Nt b«.toj bu.dA/ tu su.Òoh ku.pAEh ø)Ö s«.bi.dZi/ pon d«.kAt s«.t«.NAh dZAm bA.Òu su.dAh]Lembap benar budak itu, disuruh mengupas kelapa sebiji pun hampir setengah jam baru siap?
taaah[tA/.dA/.dAh]kata adjektifmeninggal dunia.Hang tak tau ka, dia dah taaah?[hAN tA/ tAw kA di.jA dAh tA/.dA/.dAh]Engkau tak tahu, dia sudah meninggal?
merinin[m«.Òi.nin]kata adjektiftersangat cantik, tersangat elok.Buah pelam dah merinin, buleh kaet dah ni.[bu.wAh p«.lAm dAh m«.Òi.nin bu.leh kAEt dAh ni]Buah mempelam sudah masak elok, boleh kait dah.
sereyat[s«.Ò«.jAt]kata kerjareda, berhenti (hujan).Ujan sereyat dah, mai kita buat kreja semula.[u.dZAn s«.Ò«.jAt dAh mAj ki.tA bu.wAt kÒe.dZA s«.mu.lA]Hujan sudah reda, mari kita meneruskan kerja.
1234567

Kembali ke atas