Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Anak bulan tiada pohon,
     Anak kubis tepi sempadan;
Habis bulan berganti tahun,
     Sudah habis nyawa di badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telah penuh sebagai bersukat.

Bermaksud :

Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyukat penuh sudah).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lilaeh[li.lAEh]kata adjektifhabis langsung, tidak berbaki lagi, habis sama sekali; habeh licon, habeh lilaeh.Lilaeh nasik tu depa makan pasai dah dua ari tak makan.[li.lAEh nA.si/ tu d«.pA mA.kAn pA.sAj dAh du.wA A.Òi tA/ mA.kAn]Habis langsung nasi itu dimakan oleh mereka kerana sudah dua hari tidak makan.
habeh lilaeh[hA.beh li.lAEh] habis langsung, tidak berbaki lagi, habis sama sekali; habeh licon, lilaeh.Habeh lilaeh nasik tu depa makan pasai dah dua ari tak makan.[hA.beh li.lAEh nA.si/ tu d«.pA mA.kAn pA.sAj dAh du.wA A.Òi tA/ mA.kAn]Habis langsung nasi itu dimakan oleh mereka kerana sudah dua hari tidak makan.
habeh licon[hA.beh li.tSon] habis langsung, tidak berbaki lagi, habis sama sekali; habeh-lilaeh, lilaeh.Habeh licon nasik tu depa makan pasai dah dua ari tak makan.[hA.beh li.tSon nA.si/ tu d«.pA mA.kAn pA.sAj dAh du.wA A.Òi tA/ mA.kAn]Habis langsung nasi itu dimakan oleh mereka kerana sudah dua hari tidak makan.

Kembali ke atas