Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.di] | تادي

Definisi : 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa yg datang ber­jum­pa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut dahulu, yg baru sahaja disebut­kan: sebagaimana yg dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.di] | تادي

Definisi : 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. 2 yg telah lalu: malam ~; petang ~. 3 yg tsb dahulu; yg baru disebut: Budak yg ~ pun tidak mempunyai kad pengenalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam tadi mimpikan bulan,
     Bulan kumimpi si bujur telur;
Malam tadi mimpikan tuan,
     Tuan kumimpi dikandung tidur.


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hang[hAN]kata namaengkau, awak, kamu, anda (untuk yang sama taraf); hampa, hangpa.Hang pi mana tadi.[hAN pi mA.nA tA.di]Engkau pergi ke mana tadi.
hangpa[hAN.pA]kata namaengkau, awak, kamu, anda (untuk yang sama taraf); hang, hampa.Hangpa pi mana tadi.[hAN.pA pi mA.nA tA.di]Engkau pergi ke mana tadi.
hampa[ham.pA]kata namaengkau, awak, kamu, anda (untuk yang sama taraf); hang, hangpa.Hampa pi mana tadi.[hAm.pA pi mA.nA tA.di]Engkau pergi ke mana tadi.
jeromoh[dZ«.ҍ.mh]kata kerjatersua, terserempak, bertembung tanpa diduga antara satu dengan yang lain, jerempak; jerembap.Tadi aku jeromoh dengan dia kat pekan.[tA.di A.ku dZ«.ҍ.mh d«.NAn di.jA kAt p«.kAn]Aku terserempak dengannya di pekan tadi.
bedudun[b«.du.dun]kata adjektifberkenaan kumpulan manusia yang berbondong-bondong, berduyun-duyun dan bertali arus.Setat pagi tadi orang berdudun ataeh jalan pi tengok Pesta Langkawi.[s«.tAt pA.gi tA.di .ÒAN b«.du.dun A.tAEh dZA.lAn pi tE.N/ pEs.tA lAN.kA.wi]Sejak pagi tadi, orang ramai bertali arus di jalan kerana menyaksikan Pesta Langkawi.
ngok-nget I[N/.NEt]kata kerjamerayu mengecek atau meminta (kanak-kanak).Budak ni dok ngok-nget dari tadi, tak reti kot orang kata tak dak duet?[bu.dA/ ni do/ N/.NEt dA.Òi tA.di tA/ Ò«.ti kot .ÒAN kA.tA tA/ dA/ du.wet]Budak ini, mengecek sejak tadi, tak fahamkah kita tak ada duit?
kelitin[k«.li.tin]kata kerjamundar-mandir, berlegar-legar (di sekitar sesuatu tempat dengan tujuan tertentu).Aku tengok dari tadi lagi hang dok kelitin tang ni saja, tak pi kelaen ka?[A.ku tE.N/ dA.Òi tA.di lA.gi hAN do/ k«.li.tin tAN ni sA.dZA tA/ pi k«.lAen kA]Sejak dari tadi aku melihat engkau berlegar-legar di sini sahaja, tidakkah pergi ke tempat lain?
ceruak[tS«.Òu.wA/]kata kerjamenyimbah (menyimbur, menyembur, mencurah) air dengan banyak.Mata aku pedeh pasai kami maen lawan ceruak masa mandi sungai tadi.[mA.tA A.ku p«.deh pA.sAj kA.mi mAen lA.wAn tS«.Òu.wA/ mA.sA mAn.di su.NAj tA.di]Mata aku pedih, sebab kami bermain simbah-menyimbah semasa mandi di sungai tadi.
jerembap[dZ«.Ò«m.bAp]kata kerjaterserempak, bertembung, bersua dengan tidak diduga, berjumpa dengan tidak disangka-sangka (manusia, binatang dan lain-lain); jeromoh.Hang tau dak, aku jerembap dengan pak belang masa aku menebaeh kebon pagi tadi.[hAN tAw dA/ A.ku dZ«.Ò«m.bAp d«.NAn pA/ b«.lAN mA.sA A.ku m«.n«.bAEh k«.bon pA.gi tA.di]Engkau tahu tidak, aku terserempak dengan harimau sewaktu aku menebas di kebun pagi tadi.
perasan I[p«.ÒA.sAn]kata kerjaagaknya, barangkali, mungkin kut.Aku perasan dia tu la hak mai taksat.[A.ku p«.ÒA.sAn di.jA tu lA hA/ mAj tA/.sAt]Aku agak dialah yang datang tadi.

Kembali ke atas