| komoi I | [k.mj] | kata kerja | menumpulkan atau melicinkan sesuatu yang tajam atau runcing seperti bahagian bersegi kayu atau hujung bahagian yang runcing. | Tukang kayu tu dok komoi sagi meja hak tajam tu. | [tu.kAN kA.ju tu do/ k.mj sA.gi mE.dZA hA/ tA.dZAm tu] | Tukang kayu itu sedang melicinkan bahagian tepi meja yang tajam itu. |
| tukai | [tu.kAj] | kata nama | batang kayu yang tajam hujungnya untuk melubangi tanah untuk ditanam (padi, jagung dan lain-lain), tugal. | Ayah dok cari kayu nak buat tukal pasai dia nak tanam jagong. | [A.jAh do/ tSA.Òi kA.ju nA/ bu.wAt tu.kAj pA.sAj di.jA nA/ tA.nAm dZA.goN] | Ayah sedang mencari kayu untuk dijadikan tugal, kerana hendak menanam jagung. |
| bulang | [bu.lAN] | kata kerja | melilit sesuatu benda tajam (pisau, pedang, jarum dan lain-lain) dengan menggunakan sesuatu (kain, tali, benang dan lain-lain) dari hulu ke matanya hingga tinggal sedikit sahaja. | Kenala bulang dulu pisau hak nak buat lukeh-lukeh ataeh buyong tanah lembek tu. | [k«.nA.lA bu.lAN du.lu pi.sAw hA/ nA/ bu.wAt lu.keh.lu.keh A.tAEh bu.joN tA.nAh l«m.be/ tu] | Lilitkanlah dahulu mata pisau yang hendak digunakan untuk melukis-lukis pada buyung tanah yang masih lembut itu. |