Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kut.ta.kut] | تاکوت ٢

Definisi : sentiasa berasa takut, sangat takut, agak takut: dlm lakonan itu, kanak-kanak bercakap dgn tidak malu-malu dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kut.ta.kut] | تاکوت ٢

Definisi : agak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Puisi
 

Saya takut kerbau di ladang,
     Yang muda garang sekali;
Saya takut jalan seorang,
     Badan muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Takut titik lalu tumpah.

Bermaksud :

Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(53)

35

A bird in the hand is worth a hundred flying

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth a hundred flying . Since the economy was in a bad shape, it was unwi

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cega[tSE.gA]kata adjektiftakut dan khuatir, curiga.Anak dara tu cega dah nak jalan sorang-sorang waktu malam, pasai dia prenah kena ganggu.[A.nA/ dA.ÒA tu tSE.gA dAh nA/ dZA.lAn s.ÒAN.s.ÒAN wA/.tu mA.lAm pA.sAj di.jA pÒ«.nAh k«.nA gAN.gu]Anak gadis itu merasa takut berjalan seorang diri pada waktu malam, kerana dia pernah diganggu.
gayat[gA.jAt]kata adjektiftakut, bimbang atau khuatir tentang ketidakmampuan untuk mengadakan atau melakukan sesuatu, bimbang (kiasan).Dengan duet hak dok ada, aku rasa gayat nak buat kenuri pangge orang ramai.[d«.NAn du.wet hA/ do/ A.dA A.ku ÒA.sA gA.jAt nA/ bu.wAt k«.nu.Òi pAN.gE .ÒAN ÒA.mAj]Dengan wang sebanyak itu, aku berasa bimbang hendak mengadakan kenduri dengan menjemput tetamu yang banyak.
meloko[m«.l.k]kata kerjaberdiam diri sambil menundukkan kepala kerana takut, tidak berani melawan dan sebagainya (biasanya kepada manusia).Depa tu kat kampong sendiri bukan maen belagak, masok kampong orang meloko saja.[dE.pA tu kAt kAm.poN s«n.di.Òi bu.kAn mAen b«.lA.gA/ mA.so/ kAm.poN .ÒAN m«.l.k sA.dZA]Mereka itu hanya berlagak berani di kampung sendiri, tetapi apabila berada di kampung orang, diam pula.
rokmo[ҍ/.m]kata namabangsal untuk tempat memasak dan tempat berehat atau berteduh dalam sesuatu kenduri.Budak-budak tak elok dok dekat rokmo takot kena periok panaeh.[bu.dA/.bu.dA/ tA/ E.l/ do/ d«.kAt ҍ/.m tA.kot k«.nA p«.Òi.j/ pA.nAEh]Kanak-kanak tidak digalakkan berada dekat tempat memasak takut terkena periuk panas.

Kembali ke atas