Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) negeri tempat seseorang dilahirkan; b) daerah yg di bawah sesuatu pemerintahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 negeri (negara) tempat seseorang dilahirkan. 2 negeri (negara) yg di bawah sesuatu pemerintahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Air setitik dilautkan,
     tanah seketul digunungkan.

Bermaksud :

Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut).

 

Lihat selanjutnya...(8)

261

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita.

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
katok[kA.to/]kata namalopak, aliran air, alur atau jalan air di celah-celah bukit atau tanah tinggi; katok.Katok dalam duson aku penoh dengan ayaq ujan hak turon semalam.[kA.to/ dA.lAm du.son A.ku p«.noh d«NAn A.jAâÖ u.dZAn hA/ tu.Òon s«.mA.lAm]Lopak dan alur di dusun aku dipenuhi air hujan yang turun semalam.
katoq[kA.tâÖ]kata namalopak, aliran air, alur atau jalan air di celah-celah bukit atau tanah tinggi; katok.Katoq dalam duson aku penoh dengan ayaq ujan hak turon semalam.[kA.tâÖ dA.lAm du.son A.ku p«.noh d«NAn A.jAâÖ u.dZAn hA/ tu.Òon s«.mA.lAm]Lopak dan alur di dusun aku dipenuhi air hujan yang turun semalam.
kukut[ku.kut]kata kerjamenanggalkan (mengeluarkan, mengikis, mengeruk) bahagian permukaan sesuatu seperti jalan, tanah, isi kelapa muda, isi buah tal dan lain-lain.Dia kukut nyoq muda nak buat ayaq isi.[di.jA ku.kut ø)Ö mu.dA nA/ bu.wAt A.jA)Ö i.si]Dia mengeruk isi kelapa muda untuk dibuat air isi.

Kembali ke atas