Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ngan.ta.ngan] | تاڠن٢

Definisi : 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ngan.ta.ngan] | تاڠن٢

Definisi : 1 tempat berpegang pd tangga dll. 2 palang pd neraca dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangan-tangan

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(174)
Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(98)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngap[NAp]kata kerjamasuk ke dalam mulut (binatang), gigit, baham.Kalu nak bagi makan kat monyet tu, jangan guna tangan, kot dia ngap tangan kita.[kA.lu nA/ bA.gi mA.kAn kAt m.øEt tu dZA.NAn gu.nA tA.NAn kot di.jA NAp tA.NAn ki.tA]Jika hendak menyuap makanan pada monyet tu, jangan menggunakan tangan, nanti ditokaknya tangan kita.
kelepiaq[k«.l«.pi.jA)Ö]kata kerjamengitai (tangan), mengetis atau mengibaskan jari untuk menanggalkan sesuatu (ulat dan lain-lain), kepir.Budak tu dok kelepiaq tangan dia pasai nasik dok ada kat tangan dia.[bu.dA/ tu do/ k«.l«.pi.jA)Ö tA.NAn di.jA pA.sAj nA.si/ do/ A.dA kAt tA.NAn di.jA]Budak itu mengibas tangan untuk menanggalkan biji nasi yang melekat di jarinya.
bisan tangan[bi.sAn tA.NAn] kaum keluarga sebelah besan.Kenduri kali ni kenala pangge semua bisan tangan kita.[k«n.du.Òi kA.li ni k«.nA.lA pAN.gE s«.mu.wA bi.sAn tA.NAn ki.tA]Pada kenduri kali ini semua kaum keluarga sebelah besan kita hendaklah dijemput.
tak menang tangan[tA/ m«.nAN tA.NAn] terlalu sibuk, sangat sibuk; tak menang.Ada hang nak menang pebaek rumah aku, mokalu tak menang tangan buleh aku cari orang laen.[A.dA hAN nA/ m«.nAN p«.bAe/ Òu.mAh A.ku m.kA.lu tA/ m«.nAN tA.NAn bu.leh A.ku tSA.Òi .ÒAN lAen]Adakah kamu terlalu sibuk untuk memperbaiki rumah aku, jika terlalu sibuk boleh aku cari orang lain.
kerumit[k«.Òu.mit]kata kerjamenguit dan mengorek-ngorek dengan kuku jari tangan.La ni ada orang hak mai salam dengan kita, depa kerumit tapak tangan.[lA ni A.dA .ÒAN hA/ mAj sA.lAm d«.NAn ki.tA dE.pA k«.Òu.mit tA.pA/ tA.NAn]Sekarang ini ada orang yang datang bersalaman dengan cara mengerumut tapak tangan.
gabuih[gA.buih]kata kerja1. mencuci atau menanggalkan kekotoran (yang sedikit) dengan cara menyapu tapak tangan atau kain, lap, kesat, sapu; relaeh.Dia gabuih habok merah hak lekat kat seluaq dia dengan sapu tangan.[di.jA gA.buih hA.bo/ mE.ÒAh hA/ l«.kAt kAt s«.lu.wAâÖ di.jA d«.NAn sA.pu tA.NAn]Dia menanggalkan habuk merah yang melekat di seluarnya dengan menggunakan satu tangan.
utau[u.tAw]kata kerjamemberi isyarat dengan menggunakan tangan.Pak dok utau mak dari seberang jalan ajak balek.[pA/ do/ u.tAw mA/ dA.Òi s«.b«.ÒAN dZA.lAn A.jA/ bA.le/]Bapa yang berada di seberang jalan memberi isyarat tangan kepada ibu mengajaknya pulang.
   2. kasar, kesat dan tidak licin, agak berkerutu; seregai, seregal, sergai.Tapak tangan depa tu seregal, pasai depa kreja bendang.[tA.pA/ tA.NAn dE.pA tu s«Ò.gAl pA.sAj dE.pA kÒ«.dZA b«n.dAN]Telapak tangan mereka kasar, kerana mereka bekerja sebagai pesawah.
   2. kasar, kesat dan tidak licin, agak berkerutu; seregai, seregal, sergal.Tapak tangan depa tu seregal, pasai depa kreja bendang.[tA.pA/ tA.NAn dE.pA tu s«Ò.gAj pA.sAj dE.pA kÒ«.dZA b«n.dAN]Telapak tangan mereka kasar, kerana mereka bekerja sebagai pesawah.
   2. kasar, kesat dan tidak licin, agak berkerutu; seregai, sergai, sergal.Tapak tangan depa tu seregal, pasai depa kreja bendang.[tA.pA/ tA.NAn dE.pA tu s«.Ò«.gAl pA.sAj dE.pA kÒ«.dZA b«n.dAN]Telapak tangan mereka kasar, kerana mereka bekerja sebagai pesawah.
123

Kembali ke atas