| meri | [m«.Òi] | kata adjekftif | kenyal atau menganjal (seperti benda daripada getah). | Getah memang meri bila ditarek-tarek. | [g«.tAh mE.mAN m«.Òi bi.lA di.tA.Òe/.tA.Òe/] | Getah memang meri apabila ditarik-tarik. |
| karau | [kA.ÒAw] | kata kerja | 1. menggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; kampoi II. | Pi cepat karau wau tu, ari dah nak ujan. | [pi tS«.pAt kA.ÒAw wAw tu A.Òi dAh nA/ u.dZAn] | Pergi segera tarik tali wau itu kerana hari hendak hujan. |
| cekoq | [tS«.kâÖ] | kata kerja | menarik urat merih supaya cekang masa dilakukan penyembelihan (kerbau, lembu dan lain-lain) caranya dengan mendongakkan kepala ternakan ke atas. | Masa aku semeleh satni hang tolong cekoq. | [mA.sA A.ku s«.m«.lEh sAt.ni hAN tu.loN tS«.kâÖ] | Semasa aku menyembelih nanti, engkau tolonglah tarik leher supaya kepalanya mendongak ke atas. |