hayai | [hA.jAj] | kata adjektif | manis tawar atau masam tawar (yang boleh meloyakan). | Teh tu hayai saja, macam mana hang buat? | [tEh tu hA.jAj sA.dZA mA.tSAm mA.nA hAN bu.wAt] | Teh itu rasa manis tawar, macam mana engkau membuatnya? |
takteh | [tA/.tEh] | kata adjektif | berkenaan cara berjalan selangkah-selangkah (tentang kanak-kanak). | Awat lama sangat anak hang ni baru takteh, baya dia buleh belari dah. | [A.wAt lA.mA sA.NAt A.nA/ hAN ni bA.Òu tA/.tEh bA.jA di.jA bu.leh b«.lA.Òi dAh] | Mengapa lama sangat anak engkau ini baru belajar berjalan, sedangkan kanak-kanak yang sebaya dengannya sudah pandai berlari. |
ganteh II | [gAn.teh] | kata kerja | mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; banah I. | Mokalu nak boh pelapek kat tiang tu kita kena ganteh tiang dengan kayu hak kuat. | [m.kA.lu nA/ boh p«.lA.pe/ kAt ti.jAN tu ki.tA k«.nA gAn.teh ti.jAN d«.NAn kA.ju hA/ ku.wAt] | Kalau hendak memasang pelapik, kita mesti mengungkil tiang dengan menggunakan kayu yang keras. |
ganteh I | [gAn.teh] | kata nama | sejenis makanan susu (lembu, kerbau) yang dicampur dengan gula pasir dan dimasak hampir kering (biasanya dibuat pencicah atau inti kuih) | | | |
tam | [tAm] | kata nama | pangkat bapa saudara atau ibu saudara yang keenam. Panggilan dan gelaran bagi datuk saudara (tok tam), nenek saudara (tok tam), bapa saudara (pak tam), emak saudara (mak tam) yang menduduki tempat keenam dalam susunan sesuatu keluarga. | Hang nak ikot Pak Teh ka Pak Tam? | [hAN nA/ i.kot pA/ tEh kA pA/ tAm] | Engkau nak ikut dengan Pak Teh atau dengan Pak Tam. |
tadah | [tA.dAh] | kata kerja | belajar hal-hal keagamaan. | Dia leteh sangat sampai tak larat nak pi tadah kitab kat madrasah. | [di.jA l«.tEh sA.NAt sAm.pAj tA/ lA.At nA/ pi tA.dAh ki.tAb kAt mAd.ÒA.sAh] | Dia amat letih hingga tidak terdaya pergi belajar agama di madrasah. |
hak | [hA/] | kata tugas | yang. | Baju aku hak biru, baju hang hak puteh. | [bA.dZu A.ku hA/ bi.Òu bA.dZu hAN hA/ pu.teh] | Bajuku yang biru, bajumu yang putih. |
jeret | [dZ«.Òet] | kata kerja | meminum sekadar membasahkan tekak, minum sedikit. | Dia tu tengah leteh, bagi dia jerit ayaq sikit. | [di.jA tu t«.NAh l«.teh bA.gi di.jA dZ«.Òet A.jA)Ö si.kit] | Dia sedang keletihan, berilah dia minum sedikit air. |
johama | [dZo.hA.mA] | kata nama | kitab kecil yang digunakan untuk mengajar al-Quran, mengandungi pengenalan huruf Arab dan cara mengeja serta memuatkan surah-surah dalam juzuk akhir (juzuk Amma, muqaddam). | Budak-budak ni lateh baca johama dulu, lepaeh tu baru baca Kuran. | [bu.dA/.bu.dAk ni lA.teh bA.tSA dZo.hA.mA du.lu l«.pAEh tu bA.Òu bA.tSA kur.An] | Budak-budak ini perlu dilatih membaca muqaddam dahulu, kemudian barulah membaca al-Quran. |
ayaq | [A.jAâÖ] | kata adjektif | had atau tempoh masa dalam sesuatu pusingan perlagaan ayam, ikan belaga, kadarnya lebih kurang lima belas minit. Caranya dengan meletakkan tempurung yang ada satu lubang kecil di atas air di dalam sesuatu bekas. Air akan masuk ke dalam tempurung itu sed | Belaga kali ni takat empat ayaq cukopla, ayam aku mudah leteh. | [b«.lA.gA kA.li ni tA.kAt «m.pAt A.jAâÖ tSu.kop.lA A.jAm A.ku mu.dAh l«.teh] | Tempoh bagi perlagaan ayam kita kali ini cukup setakat empat air sahaja kerana ayam aku mudah letih. |