Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : (tembérang) tali-temali di kapal (perahu) utk meneguhkan tiang; ~ belakang = ~ buritan = ~ turut temberang yg di belakang tiang; ~ haluan temberang yg di sebelah hadapan; ~ lenggang temberang yg di kiri kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : (tembérang) percakapan dll yg sedap didengar (umumnya tidak benar), cakap yg muluk-muluk, bual: kalau begitu iklan-iklan dlm surat khabar itu ~ sahajalah; ~ lapuk omong kosong; jual ~ bercakap bohong; tukang ~ orang yg pandai bercakap muluk-muluk (bohong); menemberang bercakap yg bukan-bukan, membohong; menemberangkan bercakap bohong (yg bukan-bukan) pd, membohong: Roslan ~ isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : /tembérang/ bermacam-macam jenis tali yg digunakan di kapal atau di perahu utk meneguhkan tiang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : /tembérang/ percakapan atau kata-kata yg sedap didengar tetapi tidak benar; cakap yg muluk-muluk: Cakapnya tidak benar, ~ semata-mata. ~ lapuk cakap yg tidak berisi atau yg bohong. menemberang bercakap bohong; berbohong. menemberangi bercakap bohong kpd; membohongi: Dia telah ~ kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temberang (kata nama)
Bersinonim dengan tipu, dusta, bohong, auta, koyok;,
Kata Terbitan : menemberang,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ota[.tA]kata adjektifbohong, temberang; auta.Hang jangan dok pecaya kat dia, dia tu ota manjang.[hAN dZA.NAn do/ p«.tSA.jA kAt di.jA di.jA tu .tA mAn.dZAN]Engkau jangan percaya dengan dia, dia tu selalu bercakap bohong.
bom I[bom]kata kerjaberbohong, temberang, bercakap besar (bahasa kasar).Apa dia dok bom kat hang tu sampai hang telenggak dengaq?[A.pA di.jA do/ bom kAt hAN tu sAm.pAj hAN t«.lAN.gA/ d«.NAâÖ]Apakah yang ditemberangkan olehnya kepadamu sehingga engkau terlopong mendengarnya?
auta[Au.tA]kata adjektifbohong, temberang; ota.Hang jangan dok pecaya kat dia, dia tu auta manjang.[hAN dZA.NAn do/ p«.tSA.jA kAt di.jA di.jA tu Au.tA mAn.dZAN]Engkau jangan percaya dengan dia, dia tu selalu bercakap bohong.
cong[tSN]kata kerja1. bercakap-cakap atau menceritakan sesuatu dengan cara menokok tambah dan kadang-kadang boleh jadi berbohong, auta atau temberang.Pasai kapai trebang, hang tok sah cong kat Osman, dia besa kreja Tentera Udara.[pA.sAj kA.pAj tÒ«.bAN hAN to/ sAh tSN kAt os.mAn di.jA bE.sA kÒ«.dZA t«n.t«.ÒA u.dA.ÒA]Kamu jangan cuba temberang tentang kapal terbang kepada Osman, sebab dia pernah berkhidmat sebagai anggota Tentera Udara.

Kembali ke atas