Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bu.ka] | تربوک

Definisi : 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuka

Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bandar terbuka dagangan murah,
     badan sudah tua.

Bermaksud :

Sudah terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pokah[p.kAh]kata kerjaterbuka, bongkar, bungkah, kopak, memecahkan.Dia marah sunggoh pasai gelong dia kena pokah, entah sapa buat kianat kat dia.[di.jA mA.ÒAh suN.goh pA.sAj g«.loN di.jA k«.nA p.kAh «n.tAh sA.pA bu.wAt kiA.nAt kAt di.jA]Dia amat meradang kerana gelung sawahnya terbongkar entah siapalah yang cuba mengkhianatinya.
derisip[d«.Òi.sip]kata namaterbuka tetapi tidak dapat melihat (tentang mata), buta celik.Patotla dia tak lintas-lintas jalan tu dia tu derisip.[pA.tot.lA di.jA tA/ lin.tAEh.lin.tAEh dZA.lAn tu di.jA tu d«.Òi.sip]Dia tidak melintas langsung jalan itu kerana buta celik.
cam[tSAm]kata namasejenis alat mengangkat tanah, (pasir dan sebagai) dibuat daripada rotan atau bilah buluh dan sebagai. Bentuknya terbuka dan mempunyai birai sebagai pemegang (kadang-kadang ada telinga), pongkes.Kalu nak gotong-royong kita kena sedia banyak cam, nak buat angkot sampah.[kA.lu nA/ g.tN.ҍ.jN ki.tA k«.nA s«.di.jA bA.øA/ tSAm nA/ bu.wAt AN.kot sAm.pAh]Untuk bergotong-royong, kita mesti menyediakan pongkes yang banyak untuk mengangkut sampah.

Kembali ke atas