| inaeh | [i.nAEh] | kata nama | buluh kecil yang diletakkan di kedua-dua hujung daun ibus pendengung wau untuk mencekangkan daun tersebut supaya boleh mengeluarkan dengungnya apabila bersentuhan dengan angin. | Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak. | [bA.tAN bu.loh tSi.nA bu.leh bu.wAt i.nAEh wAw m«.ÒA/] | Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak. |
| peruwap | [p«.Òu.wAp] | kata kerja | meletakkan sesuatu (berkenaan ubi, kacang, bunga, ulam dan lain-lain) di atas nasi yang hampir masak dalam periuk untuk melembutkan bahan tersebut. | Tulong peruwap sat terong ni, kita nak buat ulam makan nasik sat lagi. | [tu.loN p«.Òu.wAp sAt t«.ÒoN ni ki.tA nA/ bu.wAt u.lAm mA.kAn nA.si/ sAt lA.gi] | Tolong peruwap terung ini untuk kita jadikan ulam masa makan nasi sebentar lagi. |
| redak I | [Ò«.dA/] | kata nama | habuk, butir-butir kecil. | Hang jangan maen tang tu pasai banyak redak kat situ. | [hAN dZA.NAn mAen tAN tu pA.sAj bA.øA/ Ò«.dA/ kAt si.tu] | Engkau jangan bermain-main di situ kerana tempat tersebut banyak habuk. |
| | | | 2. alur, jalan air, tali air atau anak sungai. | Depa pasang bubu dalam celong dapat ikan banyak. | [dE.pA pA.sAN bu.bu dA.lAm tS«.loN dA.pAt i.kAn bA.øA/] | Mereka mendapat banyak ikan kerana bubu yang dipasang pada anak sungai tersebut banyak dimasuki ikan. |
| nahi-nahi | [nA.hi.nA.hi] | kata adjektif | hampir-hampir, nyaris. | Kereta dia nahi-nahi masok paret kalu lori tu tak elak. | [k«.ÒE.tA di.jA nA.hi.nA.hi mA.so/ pA.Òet kA.lu l.Òi tu tA/ E.lA/] | Keretanya hampir-hampir jatuh ke dalam parit kalau lori tersebut tidak mengelak. |
| meronot | [m«.Ò.nt] | kata kerja | menyusup dengan merangkak (seperti bergerak di bawah rumah yang rendah). | Bila nampak tuan kebon tu mai kawaq tu pon lari meronot bawah pagaq. | [bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon tu mAj kA.wA)Ö tu pon lA.Òi m«.Ò.nt bA.wAh pA.gA)Ö]. | Apabila ternampak tuan kebun itu datang, pencuri tersebut terus lari. |
| gendang raya | [g«n.dAN ÒA.jA] | | beduk. | Bila dengaq besok hari raya, budak-budak tu teruih taboh gendang raya kat masjed. | [bi.lA d«.NAâÖ bE.s/ hA.Òi ÒA.jA bu.dA/.bu.dA/ tu t«.Òuih tA.boh g«n.dAN ÒA.jA kAt mAs.dZed] | Apabila mendapat tahu bahawa besok hari raya, budak-budak tersebut terus memukul beduk di masjid. |
| capong | [tSA.poN] | kata adjektif | berkenaan kain, langsir dan lain-lain yang senteng atau singkat kerana tidak menepati ukuran. | Melah tu memang renjong, bila pakai kaen adek dia, kaen jadi capong, pasai adek dia pendek-pendek belaka. | [m«.lAh tu mE.mAN ÒEn.dZN bi.lA pA.kAj kAen A.de/ di.jA kAen dZA.di tSA.poN pA.sAj A.de/ di.jA pEn.dE/.pEn.dE/ b«.lA.kA] | Melah sememangnya tinggi, apabila dia memakai kain adiknya, kain tersebut kelihatan senteng kerana adiknya pendek-pendek belaka. |