Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
coeh[tSâEâh]kata kerjamuncul, timbul, datang dengan tiba-tiba.Tengah kami dok makan, coeh dia mai.[t«.NAh kA.mi do/ mA.kAn tSâEâh di.jA mAj]Ketika kami makan, dia muncul dengan tiba-tiba.
gam[gAm]kata adjektifserta-merta, tiba-tiba.Tengah kami dok ralet kata kat dia, gam dia mai.[t«.NAh kA.mi do/ ÒA.let kA.tA kAt di.jA gAm di.jA mAj]Sedang kami leka mengata-ngatakan tentang dirinya tiba-tiba dia muncul.
dok tak dok[do/ tA/ do/] bertindak atau terjadi secara spontan atau tiba-tiba, sekonyong-konyong, tak semena-mena.Heran sunggoh orang tua tu, kata nak tidoq semalam dua, dok tak dok dia nak balek dandan.[hE.ÒAn suN.goh .ÒAN tu.wA tu kA.tA nA/ ti.dâÖ s«.mA.lAm du.wA do/ tA/ do/ di.jA nA/ bA.le/ dAn.dAn]Hairan sungguh orang tua itu, katanya hendak tidur semalam dua, tiba-tiba sahaja hendak pulang.
pecah menyarom[p«.tSAh m«.øA.Òom] berdarah lubang hidung secara tiba-tiba (biasanya kerana panas yang berlebihan), mimisan.Abeh baju dia kena darah pasai idong dia pecah menyarom.[A.beh bA.dZu di.jA k«.nA dA.ÒAh pA.sAj i.doN di.jA p«.tSAh m«.øA.Òom]Bajunya banyak terkena darah kerana hidungnya mimisan.
   2. menyeleweng, beralih, berubah, melencong.Orang dok cerita pasai agama, tut-tut dia kona tang laen.[.ÒAN do/ tS«.Òi.tA pA.sAj A.gA.mA tut.tut di.jA k.nA tAN lAen]Kita sedang berbincang pasal agama, tiba-tiba dia menyeleweng cerita lain.
tebok[tE.b/]kata kerjamenanduk, menyondol (bagi binatang yang bertanduk seperti kerbau, lembu dan lain-lain).Tut-tut krebau jantan tu naek minyak, dia pon tebok tuan dia kena betoi tang tulang rusok.[tut.tut kÒ«.bAw dZAn.tAn tu nAe/ mi.øA/ di.jA pon tE.b/ tu.wAn di.jA k«.nA b«.toj tAN tu.lAN Òu.so/]Tiba-tiba kerbau jantan itu naik minyak lalu menanduk tuannya betul-betul kena tulang rusuk.
tebalek kuang[t«.bA.le/ ku.wAN] berlaku sebaliknya.Dah tebalek kuang pulak, mula dia buat kreja tu, aleh-aleh aku pulak yang kena buat.[dAh t«.bA.le/ ku.wAN pu.lA/ mu.lA di.jA bu.wAt kÒ«.dZA tu A.leh.A.leh A.ku pu.lA/ jAN k«.nA bu.wAt]Sudah lain pula jadinya, asalnya dia yang hendak mengerjakannya, tiba-tiba aku pula yang terpaksa membuatnya.
campen[tSAm.pen]kata namatergendala, terhalang, terganggu dan sebagainya.Majeleh hak baru nak mola jadi campen pasai pengerusi majlis dok tak dok pengsan.[mA.dZ«.leh hA/ bA.Òu nA/ m.lA dZA.di tSAm.pen pA.sAj p«.N«.Òu.si mA.dZ«.leh do/ tA/ do/ pEN.sAn]Majlis yang baru hendak bermula menjadi tergendala kerana pengerusi dengan tiba-tiba pengsan.

Kembali ke atas