| bengang | [b«.NAN] | kata adjektif | bosan tidak selesa, tidak seronok dengan sesuatu situasi. | Aku dah naek bengang dok kat sini, haram satu pon tak jadi. | [A.ku dAh nAE/ b«.NAN do/ kAt si.ni hA.ÒAm sA.tu pon tA/ dZA.di] | Aku berasa bosan di sini, apa-apa kerja pun tidak menjadi. |
| terentat | [t«.Ò«n.tAt] | kata adjektif | berkenaan tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain yang tidak boleh menjadi besar, berbantut, terganggu dan lain-lain. | Pokok derian tu terentat pasai tak cukop bagi baja. | [p.k/ d«.Òi.jAn tu t«.Ò«n.tAt pA.sAj tA/ tSu.kop bA.gi bA.dZA] | Pokok durian itu tidak membesar dengan sempurna kerana tidak diberi baja yang cukup. |
| nasik tangaeh | [nA.si/ tA.NAEh] | | perbuatan isteri yang jahat untuk membodohkan suaminya dengan cara memperbomohkan melalui nasi yang bercampur najis. Nasi yang dibubuh kotoran najis dengan jampi serapah itu diberi makan kepada suami agar menurut kata, tidak melawan malah menjadi seolah- | Bini deraka hak bagi laki dia makan nasik tangas tentu jadi isi neraka. | [bi.ni d«.ÒA.kA hA/ bA.gi lA.ki di.jA mA.kAn nA.si/ tA.NAEh t«n.tu dZA.di i.si n«.ÒA.kA] | Isteri durhaka yang memberi suaminya makan nasi tangas tentu akan menjadi isi neraka. |
| hapraq | [hAp.rAâÖ] | kata adjektif | berkenaan dengan perangai seseorang yang jahat dan tidak berguna dalam masyarakat, jahat, buas, tidak senonoh; haperak. | Selagi hang dok buat perangai hapraq tok sah dok harap, nak jadi menantu orang. | [s«.lA.gi hAN do/ bu.wAt p«.ÒA.NAj hAp.rAâÖ to/ sAh do/ hA.ÒAp nA/ dZA.di m«.nAn.tu .ÒAN] | Selagi engkau berperangai jahat dan tidak senonoh, usahlah diharapkan hendak menjadi menantu orang. |
| haperaq | [hA.p«.rAâÖ] | kata adjektif | berkenaan dengan perangai seseorang yang jahat dan tidak berguna dalam masyarakat, jahat, buas, tidak senonoh; haprak. | Selagi hang dok buat perangai haperaq tok sah dok harap, nak jadi menantu orang. | [s«.lA.gi hAN do/ bu.wAt p«.ÒA.NAj hA.p«.rAâÖ to/ sAh do/ hA.ÒAp nA/ dZA.di m«.nAn.tu .ÒAN] | Selagi engkau berperangai jahat dan tidak senonoh, usahlah diharapkan hendak menjadi menantu orang. |
| genjoq | [g«n.dZâÖ] | kata adjektif | berkenaan pakaian dan lain-lain yang dibasuh yang berubah menjadi bertambah luas atau bertambah panjang daripada ukuran asal. | Kalu kaen koman, sekali basoh dengan mesen genjoqla dia. | [kA.lu kAen ko.mAn s«.kA.li bA.soh d«.NAn me.sen g«n.dZâÖ.lA di.jA] | Kalau kain tidak bermutu, apabila dibasuh dengan mesin, berubahlah saiznya. |
| balan | [bA.lAn] | kata kerja | menyekat, menghadang atau memotong peluang seseorang untuk kepentingan sendiri. | Dia dok sebok balan orang saja, pasai tula semua hak dia buat tak menjadi. | [di.jA do/ sE.b/ bA.lAn .ÒAN sA.dZA pA.sAj tu.lA s«.mu.wA hA/ di.jA bu.wAt tA/ m«n.dZA.di] | Dia sibuk menghalang peluang orang, sebab itulah semua yang dibuatnya tidak sempurna. |
| bahari | [bA.hA.Òi] | kata nama | pelawak. | Hang toksahla pi dok jadi bahari hiboq hati orang, pi la hiboq hati anak bini hang bagi cukop makan pakai depa. | [hAN to/.sAh.lA pi do/ dZA.di bA.hA.Òi hi.bâÖ hA.ti .ÒAN pi lA hi.bâÖ hA.ti A.nA/ bi.ni hAN bAgi tSu.kop mA.kAn pA.kAj dE.pA] | Tidak usahlah awak menjadi pelawak menghiburkan hati orang, pergilah hiburkan hati anak isteri awak, supaya cukup makan pakai mereka. |