Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.lam] | تيلم

Definisi : lapik tidur yg dibuat drpd kain yg diisi dgn kabu-kabu dll, kasur; ~ berspring tilam yg di dalamnya terdapat lingkaran spring; ~ catur = ~ cekam (bercengkam) tilam yg di­jahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); kain ~ kain cadar, kain penutup tilam; jatuh di atas ~ prb beruntung kerana berkahwin dgn perempuan cantik serta kaya dll; bertilam berlapik (memakai) tilam, ber­kasur: walaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan; ~ air mata sl menangis ketika tidur (orang dlm percintaan); ~ pasir prb tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat); bertilamkan mempunyai (menggunakan dsb) sesuatu sbg tilam: ~ susunan surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.lam] | تيلم

Definisi : lapik tempat tidur dll yg dibuat drpd kain yg diisi kekabu dll: ~ getah tilam yg dibuat drpd getah. bertilam ada tilamnya; berlapik dgn tilam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tilam (kata nama)
Bersinonim dengan kasur, lapik tidur, lembek, bok, bolsak, leca, metai.,

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun,
     namun hati tiada senang juga.

Bermaksud :

Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bok[bo/]kata namatilam.Tok nek kita suka tidoq ataeh bok lembek.[to/ ne/ ki.tA su.kA ti.dâÖ A.tAeh bo/ l«m.bE/]Nenek kita suka tidur di tilam lembut.
melepat[m«.l«.pAt]kata adjektifberkenaan tilam, bantal dan lain-lain yang basah atau lembap.Lembek tu melepat, kena kencin anak dia.[lEm.bE/ tu m«.l«.pAt k«.nA k«n.tSin A.nA/ di.jA]Tilam itu lembap, kerana dikencing oleh anaknya.
meruah[m«.Òu.wAh]kata kerjamembuang air besar, berak, kencing; meruah kencin.Tiap-tiap malam budak tu meruah ataeh tilam.[ti.jAp.ti.jAp mA.lAm bu.dA/ tu m«.Òu.wAh A.tAEh ti.lAm]Setiap malam budak itu buang air kecil di tilam.
meruah kencin[m«.Òu.wAh k«n.tSin] membuang air kecil; meruah.Tiap-tiap malam budak tu meruah kencin ataeh tilam.[ti.jAp.ti.jAp mA.lAm bu.dA/ tu m«.Òu.wAh k«n.tSin A.tAEh ti.lAm]Setiap malam budak itu buang air kecil di tilam.

Kembali ke atas