Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.mah] | تيمه

Definisi : sj logam yg berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan sbg sadur bagi besi dll); ~ hitam sj logam yg agak lembut dan berwarna putih kebiru-biruan; ~ lanar timah yg ber­selaput dgn lanar; ~ putih kepingan besi yg disadur dgn timah; ~ sari zink; ~ wurung bismut; dahulu ~ sekarang besi prb perihal orang yg turun pangkatnya (darjatnya dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mah] | تيمه

Definisi : = timah-timah sj ikan laut, selayur, Trichiurus spp.; kepala ~ sj ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mah] | تيمه

Definisi : logam berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan utk menyalut besi dll). ~ hitam bijih yg di dlmnya terdapat timah (belum dibersihkan lagi). ~ putih timah yg diperoleh setelah membersihkan bijih timah. ~ sari logam yg berwarna biru keputih-putihan (biasanya digunakan utk atap rumah dll); zink. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timah

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
solo[so.lo]kata kerjameninjau, menyiasat atau merisik (memilih jodoh dan lain-lain).Kak Timah dok solo mana hak patot dia nak buat menantu.[kA/ ti.mAh do/ so.lo mA.nA hA/ pA.tot di.jA nA/ bu.wAt m«.nAn.tu]Kak Timah sedang merisik mencari bakal menantunya.
dendan[d«n.dAn]kata kerjamemintal, menganyam rambut dalam bentuk menjalin (tiga gumpal rambut menjadi satu anyaman).Rambot Timah panjang, dia buat dendan dua, lepaeh tu buboh bunga kat ujong.[ÒAm.bot ti.mAh pAn.dZAN di.jA bu.wAt d«n.dAn du.wA l«.pAEh tu bu.boh bu.NA kAt u.dZoN]Rambut Timah panjang, dijalin menjadi dandan dua, dan dihiasi bunga di hujungnya.
bujang seron[bu.dZAN sE.ҍn] perempuan yang diceraikan oleh suaminya (janda) setelah dikahwinnya dalam waktu yang singkat.La ni Timah tu bujang seron pasai laki dia cerai dia lepaeh kawen dua ari.[lA ni ti.mAh tu bu.dZAN sE.ҍn pA.sAj lA.ki di.jA tS«.ÒAj di.jA l«.pAEh kA.wEn du.wA A.Òi]Sekarang ini Si Timah itu menjadi bujang seron kerana diceraikan oleh suaminya setelah berkahwin selama dua hari.

Kembali ke atas