Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam: ia teringat-ingat ~ kawannya yg cepat menimbulkan marah­nya tadi; banyak ~ banyak ragam; salah ~ ber­laku tidak wajar; ~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya; bertingkah 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1. sj gendang; 2. tingkahan; bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, ber­selang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; meningkah, meningkahi 1. memukul gen-dang dll menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain; 2. mengiringi (menyahut) lagu dll dgn bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dll): suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi; tingkahan 1. pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; 2. nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : meningkah 1. membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang: “Aku tidak percaya”, katanya ~; 2. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi: maafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi; ia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau yg tidak patut: banyak ~ banyak ragam; ~ laku kelakuan atau gerak-geri. bertingkah 1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : ; meningkah menyampuk atau memotong perkataan orang: Jangan suka ~ percakapan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih ber­ganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,

Peribahasa

Sebab budi boleh kedapatan.

Bermaksud :

Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. meluat dan benci kerana tidak berkenan dengan kelakuannya.Aku melugai tengok perangai anak dara hak tak senonoh tu.[A.ku m«.lu.gAj tE.N/ p«.ÒA.NAj A.nA/ dA.ÒA hA/ tA/ s«.no.noh tu]Aku meluat melihat tingkah laku anak gadis yang tidak senonoh itu.

Kembali ke atas