Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
deremen[d«.Ò«.mEn]kata adjektiflebam atau bengkak kerana kena tumbuk; bederemen.Muka kawaq tu bederemen, tuan rumah tu tumbok.[mu.kA kA.wAâÖ tu d«.Ò«.mEn tu.wAn Òu.mAh tu tum.bo/]Muka pencuri itu kelihatan bengkak dan lebam kerana ditumbuk oleh tuan rumah.
derin[d«.Òin]kata kerjamengeluarkan suara dari tekak, berdehem (untuk tujuan memberi isyarat).Orang tua tu tau kita ada tang ni dia dok derin tu.[.ÒAN tu.wA tu tAw ki.tA A.dA tAN ni di.jA do/ d«.Òin tu]Orang tua itu mengetahui bahawa kita berada di sini, sebab itulah dia pun berdehem.
pongoh[p.Nh]kata namaperungus.Jangan dok mukat, dengan orang tu dia tu pongoh tak ketahuan halang.[dZA.NAn do/ mu.kAt d«.NAn .ÒAN tu di.jA tu p.Nh tA/ k«.tA.hu.wA hA.lAN]Jangan mencari pasal dengan orang itu kerana dia perungus tidak bersebab.
komoi I[k.mj]kata kerjamenumpulkan atau melicinkan sesuatu yang tajam atau runcing seperti bahagian bersegi kayu atau hujung bahagian yang runcing.Tukang kayu tu dok komoi sagi meja hak tajam tu.[tu.kAN kA.ju tu do/ k.mj sA.gi mE.dZA hA/ tA.dZAm tu]Tukang kayu itu sedang melicinkan bahagian tepi meja yang tajam itu.
rembat I[ÒEm.bAt]kata namagalah.Rembat tu pendek, mana nak sampai buah hak tinggi tu.[ÒEm.bAt tu pEn.dE/ mA.nA nA/ sAm.pAj bu.wAh hA/ tiN.gi tu]Galah itu pendek, tentu tidak sampai kepada buah yang tinggi tu.
bederemen[b«.d«.Ò«.mEn]kata adjektiflebam atau bengkak kerana kena tumbuk; deremen.Muka kawaq tu bederemen, tuan rumah tu tumbok.[mu.kA kA.wAâÖ tu b«.d«.Ò«.mEn tu.wA Òu.mAh tu tum.bo/]Muka pencuri itu kelihatan bengkak dan lebam kerana ditumbuk oleh tuan rumah.
ngungam[Nu.NAm]kata kerjaberleter, merungut, mengomel.Orang tua tu dok ngungam apa?[.ÒAN tu.wA tu do/ Nu.NAm A.pA]Apa yang dileterkan oleh orang tua itu?
nen[nEn]kata namasusu untuk bayi (susu dada, botol dan lain-lain).Budak tu teriak, nak nen la tu.[bu.dA/ tu t«.Òi.jA/ nA/ nEn lA tu]Budak itu menangis hendakkan susu agaknya.
mukat[mu.kAt]kata kerjamencari pasal, mencari sebab, mencari gaduh, membangkitkan kemarahan seseorang.Jangan dok mukat, dengan orang tu dia tu pongoh tak ketahuan halang.[dZA.NAn do/ mu.kAt d«.NAn .ÒAN tu di.jA tu p.Nh tA/ k«.tA.hu.wA hA.lAN]Jangan mencari pasal dengan orang itu kerana dia perungus tidak bersebab.
merenyeh[m«.ÒE.øEh]kata kerjamengorat, menggatal, merenyam.Dia dok merenyeh kat budak betina tu, tapi budak betina tu buat dak saja.[di.jA do/ m«.ÒE.øEh kAt bu.dA/ b«.ti.nA tu tA.pi bu.dA/ b«.ti.nA tu bu.wAt dA/ sA.dZA]Dia cuba mengorat budak perempuan itu, tapi budak perempuan itu tidak pedulikannya.
12345678910...

Kembali ke atas