Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.juan] | توجوان

Definisi : 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.juan] | توجوان

Definisi : 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Selagi langit payungi awan,
     Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
     Badan binasa musuh berembun.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merenangi laut lepas.

Bermaksud :

Pergi merantau tanpa tujuan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (biasanya dengan tujuan mengejar waktu); pulun.Besok depa nak ambek baju, malam ni dia kampoi jaet sampai siap.[bE.so/ d«.pA nA/ Am.be/ bA.dZu mA.lAm ni di.jA kAm.poi dZAet sAm.pAj si.jAp]Besok mereka hendak mengambil baju, oleh itu malam ini dia menjahitnya bersungguh-sungguh sehingga siap.
hoya[ho.jA]kata kerjamembuat bising, berpeleseran, merambu tanpa tujuan, berfoya-foya.Budak-budak muda tu tau seronok saja, depa dok hoya sana sini, bukan tau nak tolong mak pak depa.[bu.dAk.bu.dA/ mu.dA tu tAw s«.ҍ.n/ sA.dZA dE.pA do/ ho.jA sA.nA si.ni bu.kAn tAw nA/ tu.loN mA/ pA/ dE.pA]Anak-anak muda itu hanya suka berseronok sahaja, mereka merambu ke sana ke mari, tidak ingin hendak menolong ibu bapa mereka.
mengambang[m«.NAm.bAN]kata kerjaduduk di pintu rumah dengan tujuan supaya diperhatikan oleh orang yang lalu lalang, di hadapan rumahnya (berkenaan anak-anak gadis yang belum berkahwin).Tiap-tiap petang hang suka dok mengambang tang pintu, pi la masok dalam.[ti.jAp.ti.jAp p«.tAN hAN su.kA do/ m«.NAm.bAN tAN pin.tu pi lA mA.so/ dA.lAm]Tiap-tiap petang awak suka duduk mengambang di pintu, pergilah masuk ke dalam.
derin[d«.Òin]kata kerjamengeluarkan suara dari tekak, berdehem (untuk tujuan memberi isyarat).Orang tua tu tau kita ada tang ni dia dok derin tu.[.ÒAN tu.wA tu tAw ki.tA A.dA tAN ni di.jA do/ d«.Òin tu]Orang tua itu mengetahui bahawa kita berada di sini, sebab itulah dia pun berdehem.
yoya[jo.jA]kata kerjaberpeleseran, merambu ke sana ke mari tanpa tujuan.Dah besaq panjang lagu tu pon asyek dok yoya sana sini, haram nak tulong mak pak.[dAh b«.sA)Ö pAn.dZAN lA.gu tu pon A.Se/ do/ jo.jA sA.nA si.ni hA.ÒAm nA/ tu.loN mA/ pA/]Sudah dewasa pun masih lagi berpeleseran ke sana ke mari, malas hendak menolong ibu bapa.
pulun[pu.lun]kata adjektifmelakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (biasanya dengan tujuan mengejar waktu); kampoi II.Dia pulun baca buku nak paih pereksa.[di.jA pu.lun bA.tSA bu.ku nA/ pAih p«.ÒE/.sA]Dia bersungguh-sungguh membaca buku kerana hendak lulus periksa.
perelai[p«.Ò«.lAj]kata kerjamengejek, mengajuk, memperli dan seumpamanya dengan tujuan untuk berseloroh, bersenda. Ada juga dengan niat yang jahat, perli.Merah telinga dia bila kena perelai kawan-kawan, pasai dia takot bini.[mE.ÒAh t«.li.NA di.jA bi.lA k«.nA p«.Ò«.lAj kA.wAn.kA.wAn pA.sAj di.jA tA.kot bi.ni]Telinganya menjadi merah kerana diperli dek teman-temannya tentang dia takutkan isteri.
wangwing[wAN.wiN]kata kerjamelilau, ke hulu ke hilir, berjalan mundar-mandir tanpa tujuan.Budak-budak lepak tu suka dok wangwing kat stesyen baeh.[bu.dAk.bu.dA/ lE.pA/ tu su.kA do/ wAN.wiN kAt stE.SEn bAEh]Remaja yang melepak itu sering mundar-mandir di stesen bas.
kelitin[k«.li.tin]kata kerjamundar-mandir, berlegar-legar (di sekitar sesuatu tempat dengan tujuan tertentu).Aku tengok dari tadi lagi hang dok kelitin tang ni saja, tak pi kelaen ka?[A.ku tE.N/ dA.Òi tA.di lA.gi hAN do/ k«.li.tin tAN ni sA.dZA tA/ pi k«.lAen kA]Sejak dari tadi aku melihat engkau berlegar-legar di sini sahaja, tidakkah pergi ke tempat lain?

Kembali ke atas