Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Tetak buluh berdepa-depa,
     Cicak racit di dalam padi;
Orang tunggu terketa-keta,
     Dia nak cantik sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

112

First catch your hare

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nu[nu]kata namamenunjukkan arah agak jauh (sana atau situ).Hang tunggu tang ni, aku nak pi cari dia tang nu.[hAN tuN.gu tAN ni A.ku nA/ pi tSA.Òi di.jA tAN nu]Awat tunggu di sini, saya hendak pergi mencarinya di sana.
dora[d.ÒA]kata adjektiflama, masa yang panjang.Hang pi mana? Aku tunggu hang berapa dora dah.[hAN pi mA.nA A.ku tuN.gu hAN be.ÒA.pA d.ÒA dAh]Awak pergi ke mana? Aku tunggu awak sudah lama.
pedaka[p«.dA.kA]kata namapapan penutup liang lahat.Mentara tunggu depa mandi mayat ada hak gali kuboq, ada hak kerat papan buat pedaka.[m«n.tA.ÒA tuN.gu d«.pA mAn.di mA.jAt A.dA hA/ gA.li ku.b)Ö A.dA hA/ k«.ÒAt pA.pAn bu.wAt p«.dA.kA]Sementara menunggu orang memandikan jenazah, ada yang menggali kubur, ada pula yang memotong papan untuk dijadikan penutup liang lahat.
surat teriak[su.ÒAt t«.Òi.jA/]kata namasurat rayuan, surat petisyen.Surat teriak dah kita buat, kita tuju kat pegawai daerah pulak tu, kita tunggu la apa depa nak jawap.[su.ÒAt t«.Òi.jA/ dAh ki.tA bu.wAt ki.tA tu.dZu kAt p«.gA.wAj dA.E.ÒAh pu.lA/ tu ki.tA tuN.gu lA A.pA dE.pA nA/ dZA.wAp]Kita telah pun membuat dan menghantar surat rayuan kepada Tuan Pegawai Daerah. Jadi, kita tunggu sahajalah jawapannya.
tang malam[tAN mA.lAm] berkenaan tempoh masa yang lama.Amboi, dia pi tang malam, pueh aku tunggu.[Am.boj di.jA pi tAN mA.lAm puEh A.ku tuN.gu]Amboi, lama benar dia pergi, puas aku menunggunya.
roplah[ҍp.lAh]kata adjektifserba salah, gelisah, cemas; ropelah.Sepa tengok hang ni ropelah saja, tunggu keputusan pereksa.[sE.pA tE.N/ hAN ni ҍp.lAh sA.dZA tuN.gu k«.pu.tu.sAn p«.Òe/.sA]Kami lihat kamu sentiasa gelisah semasa menunggu keputusan peperiksaan.
ropelah[Òo.p«.lAh]kata adjektifserba salah, gelisah, cemas; roplah.Sepa tengok hang ni ropelah saja, tunggu keputusan pereksa.[sE.pA tE.N/ hAN ni Òo.p«.lAh sA.dZA tuN.gu k«.pu.tu.sAn p«.Òe/.sA]Kami lihat kamu sentiasa gelisah semasa menunggu keputusan peperiksaan.
ngok-ngek II[N/.NEt]kata adjektifgoyang, longgar, tidak kemas terhinggut-hinggut.Rumah burok tu ngok-nget dah, tunggu masa saja nak reban.[Òu.mAh bu.Òo/ tu N/.NEt dAh tuN.gu mA.sA sA.dZA nA/ Ò«.bAn]Rumah buruk itu agak goyang, hanya menunggu saat hendak roboh.
angin-angin[A.Nin.A.Nin]kata namakipas pusing yang dibuat daripada buluh, papan, upih, kertas dan sebagainya yang digerakkan oleh angin untuk mainan, baling-baling.Kalu nak tengok angin-angin pusin ligat kenala tunggu masa angin kuat.[kA.lu nA/ tE.N/ A.Nin.A.Nin pu.sin li.gAt k«.nA.lA tuN.gu mA.sA A.Nin ku.wAt]Kalau hendak melihat baling-baling berpusing laju tunggulah semasa angin bertiup kencang.

Kembali ke atas