Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata u p


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
perak[p«.ÒA/]kata adjektifhairan, tercengang kerana pertama kali melihat sesuatu dan sebagainya.Budak ulu tu baru mai Kwala Lumpoq perak bukan maen.[bu.dA/ u.lu tu bA.Òu mAj kwA.lA lum.p)Ö p«.ÒA/ bu.kAn mAen]Budak kampung itu nampak tercengang-cengang sangat kerana baru pertama kali datang ke Kuala Lumpur.
hempot[hEm.pt]kata adjektif]terketar-ketar, menapak pendek-pendek (berjalan).Dia tu uzoq, jalan tehempot-hempot. Rajen jugak pi masjed.[di.jA tu u.zâÖ dZA.lAn t«.hEm.pt.hEm.pt ÒA.dZen dZu.gA/ pi mAs.dZed]Dia uzur, terpaksa berjalan dengan terketar-ketar, namun dia rajin juga ke masjid.
   2. berhenti, menangguhkan (bayaran, ansuran, pekerjaan).Utang dia lambat abeh pasai dia dok selop bayaq.[u.tAN di.jA lAm.bAt A.beh pA.sAj di.jA do/ s«.lp bA.jA)Ö]Hutangnya lambat dapat diselesaikan kerana dia sering menangguhkan pembayarannya.
peruwap[p«.Òu.wAp]kata kerjameletakkan sesuatu (berkenaan ubi, kacang, bunga, ulam dan lain-lain) di atas nasi yang hampir masak dalam periuk untuk melembutkan bahan tersebut.Tulong peruwap sat terong ni, kita nak buat ulam makan nasik sat lagi.[tu.loN p«.Òu.wAp sAt t«.ÒoN ni ki.tA nA/ bu.wAt u.lAm mA.kAn nA.si/ sAt lA.gi]Tolong peruwap terung ini untuk kita jadikan ulam masa makan nasi sebentar lagi.
jebon[dZE.bn]kata namakiasan bagi seseorang yang buas, nakal atau hodoh.Perangai budak tu macam jebon, selipa cucoq ubi pon dia kebaeh.[p«.ÒA.NAj bu.dA/ tu mA.tSAm dZE.bn s«.li.pA tSu.tS)Ö u.bi pon di.jA k«.bAEh]Perangai budak itu macam jebon, selipar jepun pun dicurinya.
katok[kA.to/]kata namalopak, aliran air, alur atau jalan air di celah-celah bukit atau tanah tinggi; katok.Katok dalam duson aku penoh dengan ayaq ujan hak turon semalam.[kA.to/ dA.lAm du.son A.ku p«.noh d«NAn A.jAâÖ u.dZAn hA/ tu.Òon s«.mA.lAm]Lopak dan alur di dusun aku dipenuhi air hujan yang turun semalam.
kanyiaq[kA.øi.jAâÖ]kata adjektifberkenaan fikiran yang belum matang, belum sempurna atau masih muda.Budak-budak tu bukan reti lagi nak becakap pasai politik, umoq baru belaeh-belaeh taon, dok kanyiaq lagi.[bu.dA/.bu.dA/ tu bu.kAn Ò«.ti lA.gi nA/ b«.tSA.kAp pA.sAj p.li.ti/ u.mâÖ bA.Òu b«.lAeh.b«.lAeh tAon do/ kA.øi.jAâÖ lA.gi]Budak-budak itu belum mahir lagi bercakap tentang politik, umur baru belasan tahun, masih belum matang.
katoq[kA.tâÖ]kata namalopak, aliran air, alur atau jalan air di celah-celah bukit atau tanah tinggi; katok.Katoq dalam duson aku penoh dengan ayaq ujan hak turon semalam.[kA.tâÖ dA.lAm du.son A.ku p«.noh d«NAn A.jAâÖ u.dZAn hA/ tu.Òon s«.mA.lAm]Lopak dan alur di dusun aku dipenuhi air hujan yang turun semalam.

Kembali ke atas