Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang I

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tak boleh dibuat anak tenggiri;
     Anak orang,
orang juga,
     Tak boleh dibuat anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beram[b«.ÒAm]kata namasejenis jaring untuk menangkap ikan yang dipasang di sungai atau di alur.Kalu tahan beram dekat bendang, anak udang pon dapat.[kA.lu tA.hAn b«.ÒAm d«.kAt b«n.dAN A.nA/ u.dAN pon dA.pAt]Kalau dipasang beram berhampiran dengan sawah, anak-anak udang pun terperangkap sama-sama.
empin kerabu[«m.pin k«.ÒA.bu] sejenis kerabu kering daripada emping padi yang digoreng semula dengan cili, udang, serai, kelapa, garam dan gula sebagai makanan ringan.   
pasmbor[pAs.mbr]kata namasejenis makanan (rojak) yang mengandungi campuran mentimun ubi kentang, ubi sengkuang, tauge, tauhu, cucur ketam, cucur udang dan sotong, yang dibubuh kuah daripada kacang tanah, lenga, asam jawa dan lain-lain; pasembor.   
pasembor[pA.s«m.br]kata namasejenis makanan (rojak) yang mengandungi campuran mentimun ubi kentang, ubi sengkuang, tauge, tauhu, cucur ketam, cucur udang dan sotong, yang dibubuh kuah daripada kacang tanah, lenga, asam jawa dan lain-lain; pasmbor.   

Kembali ke atas