kabong | [kA.boN] | kata nama | ukuran empat hasta (selalunya berkenaan kain, tali). | Mokalu nak buat satu sut baju orang pompuan, dua kabung cukop la. | [m.kA.lu nA/ bu.wAt sA.tu sut bA.dZu .ÒAN pm.pu.wAn du.wA kA.boN tSu.kop lA] | Kalau hendak membuat sepasang pakaian wanita, dua kabung kain cukup. |
banaeh | [bA.nAEh] | kata nama | ukuran untuk pukat, (sebanaeh pukat panjangnya lebih kurang seratus kaki). | Pukat laut dalam besanya antara tengah dua banaeh dengan tiga banaeh. | [pu.kAt lAut dA.lAm bE.sA.øA An.tA.ÒA t«.NAh du.wA bA.nAEh d«.NAn ti.gA bA.nAEh] | Biasanya panjang pukat laut dalam, antara satu setengah banaeh hingga tiga banaeh. |
ruman | [Òu.mAn] | kata adjektif | kecil (ukuran untuk ikan, cacing, keladi). | Samad mengae ari ni tak buleh banyak ikan, cuma dapat tiga ekoq puyu ruman. | [sA.mAd m«.NAE A.Òi ni tA/ bu.leh bA.øA/ i.kAn tSu.mA dA.pAt ti.gA E.k)Ö pu.ju Òu.mAn] | Samad memancing hari ini tidak dapat banyak ikan cuma dapat tiga ekor puyu kecil. |
dapoq | [dA.pâÖ] | kata nama | 1. ukuran tradisional bagi keluasan tanah, iaitu satu jemba lebar dan satu jemba panjang, bersamaan dengan 19.2 meter (64 kaki) persegi (Catatan: satu relung bersamaan dengan 484 dapoq). | Depa dapat hareta pesaka sorang serelong lima puloh dapoq. | [dE.pA dA.pAt hA.Ò«.tA p«.sA.kA s.ÒAN s«.Ò«.loN li.mA pu.loh dA.pâÖ] | Mereka mendapat harta pesaka sebanyak satu relung lima puluh jemba setiap orang. |
culin | [tSu.lin] | kata nama | sedikit (digunakan sebagai penjodoh bilangan), seculin ialah satu ukuran yang sedikit. | Lepaeh isap candu dua culin, dia tidoq sampai siang. | [l«.pAEh i.sAp tSAn.du du.wA tSu.lin di.jA ti.dâÖ sAm.pAj si.jAN] | Selepas menghisap candu dua culin, dia pun tertidur sampai siang. |
capong | [tSA.poN] | kata adjektif | berkenaan kain, langsir dan lain-lain yang senteng atau singkat kerana tidak menepati ukuran. | Melah tu memang renjong, bila pakai kaen adek dia, kaen jadi capong, pasai adek dia pendek-pendek belaka. | [m«.lAh tu mE.mAN ÒEn.dZN bi.lA pA.kAj kAen A.de/ di.jA kAen dZA.di tSA.poN pA.sAj A.de/ di.jA pEn.dE/.pEn.dE/ b«.lA.kA] | Melah sememangnya tinggi, apabila dia memakai kain adiknya, kain tersebut kelihatan senteng kerana adiknya pendek-pendek belaka. |
genjoq | [g«n.dZâÖ] | kata adjektif | berkenaan pakaian dan lain-lain yang dibasuh yang berubah menjadi bertambah luas atau bertambah panjang daripada ukuran asal. | Kalu kaen koman, sekali basoh dengan mesen genjoqla dia. | [kA.lu kAen ko.mAn s«.kA.li bA.soh d«.NAn me.sen g«n.dZâÖ.lA di.jA] | Kalau kain tidak bermutu, apabila dibasuh dengan mesin, berubahlah saiznya. |