Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang disuruh

Puisi
 

Ambil air dari perigi,
     Ada yang dijinjing ada ditatang;
Belum disuruh sudah pergi,
     Belum dipanggil sudah datang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Apa sakit berbini janda,
     anak tiri boleh disuruh.

Bermaksud :

Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beban[bE.bAn]kata adjektifdegil, ketegar, membantah, tidak ambil endah.Budak tu beban sunggoh, pak dia suroh laen, dia buat laen.[bu.dA/ tu bE.bAn suN.goh pA/ di.jA su.Òoh lAen di.jA bu.wAt lAen]Budak itu degil sungguh, lain yang disuruh bapanya, lain yang dibuatnya.
makngot[mA/.Nt]kata adjektifberkenaan orang yang tidak cergas atau lembab.Makngot betoi budak tu, suroh kupeh nyoq sebijik pon dekat setengah jam baru sudah?[mA/.Nt b«.toj bu.dA/ tu su.Òoh ku.pAEh ø)Ö s«.bi.dZi/ pon d«.kAt s«.t«.NAh dZAm bA.Òu su.dAh]Lembap benar budak itu, disuruh mengupas kelapa sebiji pun hampir setengah jam baru siap?
loceh[l.tSEh]kata kerjamenarik sesuatu yang menutupi hingga ke had tertentu (seperti kain, kulit zakar dan sebagainya).Nak bagi senang loceh kote, masa nak masok jawi, suroh budak tu berendam dalam ayaq.[nA/ bA.gi s«.nAN l.tSEh k.tE mA.sA nA/ mA.so/ dZA.wi su.Òoh bu.dA/ tu b«.Ò«n.dAm dA.lAm A.jA)Ö]Untuk memudahkan kemaluan budak itu diloceh sebelum berkhatan, budak itu hendaklah disuruh berendam dalam air dahulu.

Kembali ke atas