Kamus Teknologi Maklumat ct.indd bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengesahkan jawapan ini sebagai sahutan kepada cabaran sistem. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh pengguna adalah sama dengan jawapan yang ditunggu oleh sistem, maka identiti pengguna dapat disahkan. Contohnya, sistem komputer memberikan Ali rumusan X + (Y/Z) sebagai rumusan unik. Dalam proses log masuk, sistem komputer mencabar Ali dengan membekalkan pemboleh ubah X = 37, Y = 14, dan Z = 7. Ali menggunakan pemboleh ubah
|