Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dll; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Peribahasa

Kalau tiada emas sepiak,
     kerja di mana boleh jadi.

Bermaksud :

Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Maklumat: Keselamatan Komputer. Kamus ini mengandungi 548 istilah berserta huraian, hasil penyusunan yang dilakukan oleh pakar yang berkaliber dalam bidang ini. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini diharapkan dapat memenuhi keperluan para pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah, para pengamal dalam bidang Teknologi Maklumat serta pengguna umum yang lain. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan maklumat terautomasi dengan kebenaran capaian tahap tertinggi kepada pengguna tahap tertinggi dan pentadbir sistem maklumat tersebut. integriti data (Ig. data integrity; Br. integriti data; Id. integritas data) Ciri data yang memenuhi kualiti keutamaan, iaitu data tidak diubah atau dimusnahkan oleh pengguna yang tidak sah. Keadaan data tersebut sama dengan data asal yang tidak terdedah kepada sebarang pengubahsuaian oleh pengguna hasad. integriti

Kembali ke atas