Kamus Teknologi Maklumat ct.indd rambang sebagai input dan menghasilkan satu nilai bit ringkasan yang bersaiz tetap sebagai output. Operasi cincangan adalah sehala kerana melibatkan pengguguran sebahagian bit daripada nilai asal. Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk mendapatkan semula nilai asal daripada bit nilai ringkasan yang diperoleh. cincangan kriptografi (Ig. cryptographic hashing; Br. cincangan kriptografi; Id. cincang kriptografi) Cincangan sehala yang menggunakan teknik penyulitan untuk mengubah kepada suatu mesej ringkasan, MD, yang bersaiz tetap. Fungsi cincangan sehala mempunyai ciri unik yang mudah untuk memperoleh MD daripada H(M) atau pengaplikasian fungsi cincangan sehala pada mesej, tetapi mustahil untuk memperoleh Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 34 6/6/11 4:01:37 PM 35 M daripada H’(MD), atau penyongsangan fungsi cincangan sehala pada ringkasan mesej. Hal ini
|