binti I | 1. anak perempuan kpd (digunakan pd nama orang): Aminah ~ Abdullah; 2. bp nama ayah: susah nak memastikan sama ada dia itu lelaki ataupun perempuan sebelum mendengar bin ataupun ~nya; berbinti mempunyai binti: dia menulis namanya sahaja dgn tidak ~;berbintikan mempunyai (memakai) nama seseorang (bapa angkat dsb) sbg nama ayah: Fatimah ~ bapa angkatnya;membintikan memberikan atau membubuh nama bapa kpd anak perempuan: setiap umat Islam yg mengambil anak angkat perempuan perlu ~ anak tersebut dgn nama bapa kandungnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gunung | bukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll); ~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu; gunung-gemunung banjaran gunung; gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil; bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~; menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, memuncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~; menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alamat | 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjukkan: burung berkicau ~ hari nak siang; ~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah); alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; beralamat 1. mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap perbuatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat; mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |