Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ujat-ujat[u.dZAt.u.dZAt]kata kerjamembuat tuduhan secara rambang, serkap jarang atau sangkaan yang buruk.Engkau ni takde keje lain, ujat-ujat sane, ujat-ujat sini, buat dose kereng tak masal.[«N.kAw ni tA/.d« k«.dZ« lAen u.dZAt.u.dZAt sA.n« ]Engkau ini tidak ada kerja lain ke, menuduh sana sini, tidak pasal-pasal buat dosa kering.
pengo[p«.N]kata adjektifbau busuk yang amat sangat.Musem ujan-ujan begini, pengo bau taek ayam.[mu.sem u.dZAn.u.dZAn b«.gi.ni p«.N bAw tAe/ A.jAm]Pada musim hujan begini, busuk bau tahi ayam.
ujan pejoh[u.dZAn p«.dZoh] tengkujuh.Biyasenye ujong taon ujan pejoh.[bi.jA.s«.ø« u.dZoN tAon u.dZAn p«.dZoh]Biasanya terdapat musim tengkujuh pada hujung tahun.
ujung ae[u.dZoN Ae] takat kemasukan air pasang.Jangan buat rumah kat ujong ae, bahye tu.[dZA.NAn bu.wAt u.mAh kAt u.dZoN Ae bAh.j« tu]Jangan membina rumah di kawasan takat kemasukan air pasang, bahaya tu.
ujan petos[u.dZAn p«.tos] hujan lebat.Ujan petos pon, kau nak kelua jugak.[u.dZAn p«.tos pon kAw nA/ k«.lu.wA dZu.gA/]Hujan lebat pun kau hendak keluar juga.
nasi uduk[nA.si u.du/] sejenis nasi yang dimasak bersama kuah lauk ayam. Rempah ditumis hingga kering sebelum dimasukkan santan dan ayam. Ayam yang sudah masak dikeluarkan dan dimasukkan beras dan dimasak sebelum dimasukkan semula ayam tadi.   
bongkes[boN.kes]kata kerjatumbang (pokok).Lepas ujan lebat, banyak pokok bongkes.[l«.pAs u.dZAn l«.bAt bA.øA/ po.ko/ boN.kes]Selepas hujan lebat, banyak pokok tumbang.
bondak[bon.dA/]kata adjektifberkenaan air yang keruh.Lepas ujan, ae perigi tu bondak.[l« pAs u.dZAn Ae p«.Äi.gi tu bon.dA/]Selepas hujan, air perigi itu keruh.
kolop[ko.lop]kata adjektifberkenaan budak lelaki yang belum berkhatan.Budak Usen tu maseh kolop lagi.[bu.dA/ u.sen tu mA.seh ko.lop lA.gi]Budak Hussein itu masih belum bersunat.
biyakbi.jA/]kata adjektifberkenaan tanah yang lecak.Lepas ujan jangan maen lari-lari, kan biyak.[l«.pAs u.dZAn dZA.NAn mAen lA.Äi lA.Äi kAn bi.jA/]Selepas hujan jangan main berlari-lari, bukankah tanah itu lecak.
123

Kembali ke atas