Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bang] | ابڠ

Definisi : 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit; 4. panggilan kpd suami; ~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain); berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang; berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg pengasih dan bertim­bang rasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bang] | ابڠ

Definisi : Jw merah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bang] | ابڠ

Definisi : 1 saudara lelaki yg lebih tua: ~ Long selalu membelikan saya buku. 2 panggilan kpd suami dan juga kpd saudara pupu lelaki yg lebih tua khasnya, kpd lelaki yg lebih tua sedikit amnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abang

Puisi
 

9Gunung dari Kelebang,
     Sampai ke Jeddah membawa guni;
Jangan sebarang ikut abang,
     Abang sudah ada bini.


Lihat selanjutnya...(417)
Peribahasa

Ada wang abang saya,
     tak ada wang abang payah.

Bermaksud :

Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nako[nA.k]kata kerjaberbohong.Jangan nak nako, abang nampak Ajak yang ambek bola abang tadi.[dZA.NAn nA/ nA.k A.bAN nAm.pA/ A.dZA/ jAN Am.be/ Jangan hendak berbohong, abang nampak Razak yang mengambil bola abang sebentar tadi.
abang[A.bAN]kata namakakak sulungPekare tu mesti beritau abang Jah, kalau tak, tentu die kecik ati.[p«.kA.Ä« tu m«s.ti b«.Äi.tAu A.bAN dZAh kA.lAw tA/ t«n.tuPerkara itu mesti diberitahu kepada kak long Jah, kalau tidak, tentu dia berkecil hati.
lokoh[lo.koh]kata adjektifkeras atau mengkal (durian).Abang suke makan diyan lokoh bandeng dian masak.[A.bAN su.k« mA.kAn di.jAn lo.koh bAn.deN di.jAn mA.sA/]Abang suka makan durian yang mengkal berbanding dengan durian yang sudah cukup masak.
ngotem[No.tem]kata kerjamembuat kerja sambilan untuk menambah pendapatan.Abang buat ngotem malam ini nak carik duet[A.bAN bu.wAt No.tem mA.lAm i.ni nA/ tSA.Äi/ du.wet l«.bih]Abang bekerja sambilan malam ini kerana hendak mendapatkan wang yang lebih.
menanggak[m«.nAN.gA/]kata kerjamenggalas.Dah tak de orang kenele abang menanggak sorang.[dAh tA/.d« o.ÄAN k«.n«.l« A.bAN m«.nAN.gA/ so.ÄAN]Sudah tidak ada orang, kenalah abang menggalas barang itu seorang diri.
kalah-batah[kA.lAh.bA.tAh]kata namapersengketaan yang berlarutan.Kalah-batah abang dan akak dah sesai.[kA.lAh bA.tAh A.bAN dAn A.kA/ dAh s«.sAj]Persengketaan yang berlarutan antara abang dan kakak telah selesai.
jelapak[dZ«.lA.pA/]kata kerjaberbaring dalam keadaan kurang bermaya kerana keletihan.Balek aje dari kebon, abang teros jelapak kat lantai.[bA.le/ A.dZ« dA.Äi k«.bon A.bAN t«.Äos dZ«.lA.pA/ kAt lAn.tAj]Balik sahaja dari kebun, abang terus berbaring di lantai dalam keadaan tidak bermaya kerana terlalu penat.
belumbah-lumbah[b«.lum.bAh.lum.bAh]kata adjektifberkenaan kanak-kanak yang comot dan selekeh dengan kotoran selain makanan.Dah muke si Asan tu belumbah-lumbah, gelilah abang kakaknye nak dekat.[dAh mu.k« si AsAn tu b«.lum.bAh.lum.bAh g«.li.lAh A.bAN ]Oleh sebab muka si Hassan itu comot dan selekeh, abang dan kakaknya geli menghampirinya.
berantam[b«.ÄAn.tAm]kata kerjamemberi sumbangan seperti wang, beras, tepung dan lain-lain untuk menyempurnakan sesuatu majlis.Kalau abang Jah nak buat kenduri, kite adek-beradek bolehlah berantam.[kA.lAw A.bAN dZAh nA/ bu.wAt k«n.du.Äi ki.t« ]Kalau long Jah hendak mengadakan kenduri, kita adik- beradik bolehlah berantam.

Kembali ke atas