Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.di/] | اديق

Definisi : 1. saudara kandung (laki-laki atau perem­puan) yg lebih muda; ~ bongsu adik yg ter­muda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda); ~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang; ~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); ~ sepupu anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak seseorang; bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir; beradik 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah; adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluar­gaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara; mereka lima ~ mereka lima bersaudara: bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu; beradik kakak selaku adik dan kakak; memperadik memandang (memanggil, me­nyebut) adik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.di/] | اديق

Definisi : 1 saudara kandung (lelaki atau perempuan) yg lebih muda. 2 panggilan kpd saudara pupu yg lebih muda dan juga kpd isteri khasnya atau kpd orang-orang yg lebih muda amnya. beradik 1 mempunyai adik: Amir belum ~ lagi. 2 bersaudara kandung: Dua ~ itu telah pergi berjumpa dgn Datuk Penghulu. adik-beradik 1 bersaudara kandung: Kami bertiga ini ~. 2 (berlaku) sbg saudara: Mari kita bincangkan perkara ini ~ dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(305)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melanos[m«.lA.nos]kata kerjamenangis seolah-olah petanda dapat adik (biasanya kanak-kanak kecil yang kononnya hendakkan adik).Anak engkau ni nangis, melanos agaknye.[A.nA/ «N.kAw ni nA.Nes m«.lA.nos A.gA/.ø«]Anak engkau ini menangis sahaja, agaknya menangis nak beradik.
rense[Äen.s«]kata adjektifrimas.Bile adek meragam, rense kite dibuwatnye.[bi.l« A.de/ m«.ÄA.gAm Äen.s« ki.t« di.bu.wAt.ø«]Apabila adik sedang meragam rimas kita semua dibuatnya.
begonyeh[b«.go.øeh]kata kerjabergurau senda.Asal dekat adek-beradek, asyeklah begonyeh.[A.sAl d«.kAt A.de/ b«.ÄA.de/ A.Se/.lAh b«.go.øeh]Asal berkumpul adik-beradik, asyeklah bergurau senda.
menoceh[m«.no.tSeh]kata kerjamenyimpan duit baki perbelanjaan.Baek adek menoceh, jangan beli yang bukan-[bAe/ A.d«/ m«.no.tSeh dZA.NAn b«.li jAN bu.kAn.bu.kAn]Baik adik menyimpan duit lebihan belanja itu, daripada membeli barang yang bukan-bukan.
kutong[ku.toN]kata kerjamemotong rata, repang, pepat.Akak kutong rambot adek yang panjang tu nak?[A.kA/ ku.toN ÄAm.bot A.de/ jAN pAn.dZAN tu nA/]Kakak potong pepat rambut adik yang panjang itu nak?
terencet-rencet[t«.Äen.tSet.Äen.tSet]kata kerjaterkinja-kinja, terloncat-loncat.Adek terencet-rencet, suke sangat dapat mainan.[A.de/ t«.Äen.tSet.Äen.tSet su.k« sA.NAt dA.pAt mAe.nAn]Adik terkinji-kinja kerana terlalu gembira setelah mendapat mainan.
ngembo[N«m.bo]kata kerjamembuat selerak.Adek ngembo kaen macam ni, nanti bilek jadi macam tempat kuceng beranak.[A.de/ Nem.bo kAen mA.tSAm ni nAn.ti bi.le/ dZA.di mA.tSAm Adik membuat selerak macam ini, nanti bilik menjadi seperti tempat kucing beranak.
menggelenyo[m«N.g«.l«.ø]kata adjektifberkenaan seseorang yang tidak tahu duduk diam.Kalau adek menggelenyo mak cubet pehenye.[kA.lAw A.de/ m«N.g«.l«.ø mA/ tSu.bet p«.h«.ø«]Kalau adik tidak tahu duduk diam, emak cubit pehanya.
serekon[s«.Ä«.kon]kata kerjabermuafakat, tolong-menolong, sepakat.Kite adek-beradek ni biyale serekon buat keje.[ki.t« A.de/.b«.ÄA.de/ ni bi.jA.l«h s«.Ä«.kon bu.wAt k«.dZ«]Kita adik-beradik ini biarlah bermuafakat membuat kerja.
melungap-lungap[m«.lu.NAp.lu.NAp]kata kerjaketawa dengan mulut terbuka luas (bayi).Adek kecik tu melungap-lungap, bile kene agah.[A.de/ k«.tSi/ tu m«.lu.NAp.lu.NAp bi.l« k«.n« A.gAh]Adik kecil itu ketawa dengan mulut terbuka luas apabila kena agah.
12

Kembali ke atas