Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mat] | امت

Definisi : sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau, terlalu; memperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan; teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia; keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, meng­awasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis; pengamatan, pengamat-amatan peng­awas­an, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah; pengamat pengawas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : benar-benar; sangat: ~ cantik; ~ pandai. keamatan ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elekrik dsb). teramat terlalu sangat: ~ besar; ~ mulia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati 1 melihat dgn teliti: Beliau telah ~ gambar itu utk mengetahui yg manakah gambar adiknya. 2 memperhatikan sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengawasi: Pihak polis sedang ~ setiap gerak-geri mereka. pengamatan perbuatan atau hal mengamati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat

Puisi
 

Rumah baru sudahlah siap,
     Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
     Kuat ketam kerana sepit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai emak mandul baru beranak.

Bermaksud :

Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
besiut[b«.siut]kata adjektifngilu yang amat sangat.Kene ae batu, besiut rase gigi aku.[k«.n« Ae bA.tu b«.siut ÄA.s« gi.gi A.ku]Terkena air batu, amat ngilu rasa gigi aku.
canguk[tSA.No/]kata adjektifpenat yang amat sangat.Sebab dah uzo, buat keje sikit dah canguk.[s«.bAb dAh u.zo bu.wAt k«.dZ« si.kit dAh tSA.No/]Oleh sebab badan sudah uzur, buat kerja sedikit sudah terasa betul-betul penat.
pengo[p«.N]kata adjektifbau busuk yang amat sangat.Musem ujan-ujan begini, pengo bau taek ayam.[mu.sem u.dZAn.u.dZAn b«.gi.ni p«.N bAw tAe/ A.jAm]Pada musim hujan begini, busuk bau tahi ayam.
menuah-nuah[m«.nu.wAh.nu.wAh]kata adjektifmanja yang berlebihan sehingga kelihatan mengada-ngada.Meluat aku tengok perangai kau menuwah-nuwah amat.[m«.lu.wAt A.ku te.No/ p«.ÄA.NAj kAw m«.nu.wAh/.nu.wAh Meluat aku melihat perangai engkau ini, manja berlebih-lebihan.
beriani gam[b«.Äi.jA.ni gAm] nasi beriani yang dimasak berlapis-lapis bersama daging yang telah digaul dengan rempah beriani. Nasi ini dimasak dengan periuk yang ditutup rapat dan digam kelilingnya dengan tepung yang telah diuli bersama air. Nasi ini dimasak dengan api yang amat sede   

Kembali ke atas