Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gosok (utk menajamkan, meratakan, me­licinkan, dll): ~ bulat, ~ lentik, ~ papan, ~ repang, ~ runcing, ~ sayap kumbang (cara-cara mengasah gigi); calak-calak ganti ~ prb barang apa yg dipakai utk sementara sebelum ada yg lebih baik;berasah sudah diasah, sudah digosok (dicanai dsb);mengasah 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga;asahan 1. yg telah diasah; 2. yg digunakan utk mengasah: batu ~;pengasahan perihal (perbuatan dll) mengasah;pengasah 1. alat utk mengasah; 2. orang yg mengasah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asah I

Puisi
 

Asah-asah tajam kalam,
     Mari ditulis di kertas Cina;
Sungguhpun tetak patah di dalam,
     Syarat ubat carinya kena.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Pisau tiada berbaja,
     makin dikilir bertambah tumpul.

Bermaksud :

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cop[tSop]kata namasejenis alat yang tajam matanya seperti mata tombak yang digunakan khusus untuk mengupas sabut kelapa, selumbat; solak.Mate cop tu selalu Pak Baka asah nak senang die kupas kelapa.[mA.t« tSop tu s«.lA.lu pA/ bA.kA A.sAh nA/ s«.nAN di.j« Mata selumbat itu selalu diasah oleh Pak Bakar supaya senang dia mengupas sabut kelapa.
solak[so.lA/]kata namasejenis alat yang tajam matanya seperti mata tombak yang digunakan khusus untuk mengupas sabut kelapa, selumbat; copMate solak tu selalu Pak Baka asah nak senang die kupas sabot kelapa.[mA.t« so.lA/ tu s«.lA.lu pA/ bA.kA A.sAh nA/ s«.nAN di.j« Mata selumbat itu selalu diasah oleh Pak Bakar supaya senang dia mengupas sabut kelapa.

Kembali ke atas