Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wa/] | اوق

Definisi : 1. badan, tubuh; ~ kapal a) badan kapal; b) anak buah kapal (perahu dll); ~ perahu anak buah perahu; 2. kata ganti diri kedua, engkau, kamu: apa kerja ~ sekarang?; ~ kalian kamu sekalian; 3. diri (sendiri); ~ sama ~ sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak melibatkan orang luar); orang ~ Mn orang kita sendiri; perawakan bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan: walaupun demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat meneri­manya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wa/] | اوق

Definisi : 1 tubuh; badan: ~ sakit, badan menimbun. 2 bp kata ganti nama diri kedua; kamu. 3 orang yg menjadi petugas dlm kapal dll; anak kapal. berawak 1 menggunakan atau menyebut awak sbg kata ganti nama diri kedua: Apabila bercakap dgn orang-orang tua, tidak baik kita ~ beraku. 2 mempunyai anak buah atau petugas dlm kapal dll. perawakan bentuk tubuh; susuk badan: Ia mempunyai ~ yg tegap sasa. berperawakan mempunyai susuk badan atau bentuk tubuh: ~ menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awak

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Awak yang celaka,
     orang yang diumpat.

Bermaksud :

Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menggebek[m«N.ge.be/]kata kerjamengejek; memperli.Orang menggebek awak, awak tak seda.[o.ÄAN m«N.ge.be/ A.wA/ A.wA/ tA/ s«.dA]Orang mengejek kamu, kamu yang tidak sedar.
kami[kA.mi]kata namakata ganti diri pertama tunggal perempuan.Kami tak suke awak mencaci orang.[kA.mi tA/ su.k« A.wA/ m«n.tSA.tSi o.ÄAN]Saya tidak gemar awak mencaci orang.
tambol[tAm.bol]kata namahidangan ringan untuk tetamu pada waktu petang dan malam.Ape tambol awak bawak petang ni.[A.p« tAm.bol A.wA/ bA.wA/ p«.tAN ni]Apa tambol awak bawa petang ini?
kawankA.wAn]kata namakata ganti diri pertama tunggal lelaki.Kawan arap bile kawan pindah rumah nanti awak bole datang.[kA.wAn A.ÄAp bi.l« kA.wAn pin.dAh Äu.mAh nAn.ti A.wA/ Saya harap bila saya pindah rumah nanti awak boleh datang.
konyel[ko.øel]kata kerjamengunyah dengan gusi.Ape awak konyel dalam mulot tu?[A.p« A.wA/ ko.øel dA.lAm mu.lot tu]Apa yang kamu kunyah dalam mulut itu?
golot[go.lot]kata kerjatergesa-gesa.Golot aje awak ni, lambat ke?[go.lot A.dZ« A.wA/ ni lAm.bAt k«]Tergesa-gesa sahaja kamu ni, sudah terlewatkah?
ghalet[gA.let]kata adjektifleka atau asyik.Ghalet awak bace buku.[ÄA.let A.wA/ bA.dZ« bu.ku]Asyik dan tekun kamu membaca buku.
gelembong[g«.lem.boN]kata kerjacakap bohong.Jangan awak nak gelembong kawan, kawan tau benda tu tak betol.[dZA.NAn A.wA/ nA/ g«.lem.boN kA.wAn kA.wAn tAu b«n.dA Jangan kamu hendak bercakap bohong, saya tahu perkara itu tidak benar.
aji[A.dZi]kata namakata ganti diri kedua, anda, kamu, awak, engkau.Bele aji tebe?[be.l« A.dZi te.b«]Bilakah kamu sampai?
melangsang[m«.lAN.sAN]kata kerjameredah semak atau belukar; merepau.Awak melangsang tu ape nak carik, kan semak tu penoh duri?[A.wA/ m«.lAN.sAN tu A.p« nA/ tSA.Äi/ kAn s«.mA/ tu Kamu meredah semak itu apa yang hendak dicari, bukankah semak itu penuh duri?
12

Kembali ke atas