Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas (tempat menaruh barang) yg dianyam (drpd rotan, buluh, dll), keranjang;~ tepak Kl bakul yg tiada mempunyai bucu;membakulkan membuang atau memasukkan ke dlm bakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : Jw perempuan yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas yg dianyam drpd rotan, bilah dsb utk tempat mengisikan sesuatu: ~ sampah bekas tempat membuang sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakul

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(3)

60

Blow your own trumpet

Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri.

Masuk bakul angkat sendiri

"I don't want to blow your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper.

"Aku tak mahulah masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ceting[tS«.tiN]kata namasejenis bakul untuk membasuh beras.Ambek ceting, mak nak basoh beras ni.[Am.be/ tS«.tiN mA/ nA/ bA.soh b«.ÄAs ni]Ambilkan ceting, emak hendak basuh beras ini.

Kembali ke atas