Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Banyak udang Kuala Palembang,
     Mari dicedok tudung sebiji;
Anak orang jangan dibimbang,
     Satu kerja haram tak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(4)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bongkes[boN.kes]kata kerjatumbang (pokok).Lepas ujan lebat, banyak pokok bongkes.[l«.pAs u.dZAn l«.bAt bA.øA/ po.ko/ boN.kes]Selepas hujan lebat, banyak pokok tumbang.
selak[s«.lA/]kata kerjaterhenti gerak pernafasan akibat banyak ketawa atau menangis.Kelaka betol cerite tu, sampai penonton selak.[k«.lA.kA b«.tol tS«.Äi.t« tu sAm.pAj p«.non.ton s«.lA/]Lucu betul cerita itu hingga penonton ketawa berdekah-dekah dan terhenti sejenak pernafasan.
kerdau[k«r.dAw]kata kerjaterkebil-kebil.Dah banyak tido siang, bile malam kerdau bijik mate.[dAh bA.øA/ ti.do si.jAN bi.l« mA.lAm k«r.dAw bi.dZi/ mA.t«]Terlalu lama tidur di siang hari, apabila malam terkebil-kebil mata.
membokoh[m«m.bo.koh]kata kerjamakan berulang-ulang dengan banyak (bahasa kasar).Jangan asyek nak membokoh saje, nanti gemok gedempol.[dZA.NAn A.Se/ nA/ m«m.bo.koh sA.dZ« nAn.ti g«.mo/ ]Jangan asyik hendak makan sahaja, nanti gemuk.
merepau[m«.Ä«.pAw]kata kerjameredah semak atau belukar; melangsang.Jangan merepau tak tentu hale, semak tu banyak duri.[dZA.NAn m«.Ä«.pAw tA/ t«n.tu hA.l« s«.mA/ tu bA.øA/ du.Äi]Jangan meredah semak dengan tidak tentu tujuan, semak itu penuh duri.
ngerosek[N«.Äo.se/]kata kerjabergerak secara berterusan.Punye banyaknye nyamok, puas kite ngerosek baru dapat tido.[pu.ø« bA.øA/.ø« øA.mo/ pu.wAs ki.t« N«.Äo.se/ bA.Äu dA.pAt Banyak sangat nyamuk, puas kita bergerak berterusan barulah dapat tidur.

Kembali ke atas