Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang] | بارڠ

Definisi : 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang

Puisi
 

Cincin ini dari Yaman,
     Pakai tangan jari kanan;
Barang ini barang makanan,
     Kalau tak makan rasa kempunan.


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Apalagi sawa,
     ia berkehendakkan ayamlah!

Bermaksud :

Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pahape[pA.hA.p«]kata namabarang-barang atau benda-benda yang ada.Tolong angkat same pahape kawan ni, berat sangat.[to.loN AN.kAt sA.m« pA.hA.p« kA.wAn ni b«.ÄAt sA.NAt]Tolong angkat sama barang-barang saya ini, terlalu berat.
selepah[s«.le.pAh]kata adjektifberselerak.Kan orang nak datang rumah kite, jangan buat barang-barang selepah.[kAn o.ÄAN nA/ dA.tAN Äu.mAh ki.t« dZA.NAn bu.wAt Bukankah orang akan datang ke rumah kita, jangan buat barang-barang berselerak.
besele[b«.se.l«]kata adjektifberkenaan barang-barang yang terbiar dengan tidak tersusun atau tidak teratur; beketuntang II.Besele bilek tido dengan baju koto tak bebasoh.[b«.se.l« bi.le/ ti.do d«.NAn bA.dZu ko.to tA/ b«.bA.soh]Berselerak bilik tidur dengan baju kotor yang tidak berbasoh.
beketuntang II[b«.k«.tun.tAN]kata adjektif berkenaan barang-barang yang terbiar dengan tidak tersusun atau tidak teratur; besele. Rimas nengok daponye dibiyakan beketuntang.[Äi.mAs ne.No/ dA.po.ø« di.bi.jA.kAn b«.k«.tun.tAN]Rimas apabila kita melihat dapurnya yang dibiarkan tidak tersusun dan tidak teratur.
pireh[pi.Äeh]kata adjektifparah, teruk (kerugian, penyakit dan lain-lain).Bile barang-barang naek harge, pireh kite dibuatnye.[bi.l« bA.ÄAN.bA.ÄAN nAe/ hAÄ.g« pi.Äeh ki.t« di.bu.wAt.ø«]Apabila barang naik harga, teruk kita semua dibuatnya.
pak[pA/]kata namabelebas di dinding yang digunakan untuk meletak barang-barang kecil.Letakkan celak ni kat pak tepi ceremen.[l«.tA/.kAn tS«.lA/ ni kAt pA/ t«.pi tS«.Ä«.men]Letakkan celak ini di atas belebas di tepi cermin itu.
amben[Am.ben]kata namasejenis lantai tinggi yang berkaki, lazimnya terdapat di bahagian belakang rumah atau dapur yang boleh dijadikan tempat duduk, tempat tidur dan lain-lain. Barang-barang juga boleh diletakkan di bahagian bawah atau atas amben.Mari dok atas amben ni jangan dok kat lantai.[mA.Äi do/ A.tAs Am.ben ni dZA.NAn do/ kAt lAn.tAj]Marilah duduk di atas amben ini jangan duduk di lantai.
perabah[p«.ÄA.bAh]kata namabarang yang tidak berguna.Buang saje perabah tu, bukan boleh pakai lagi.[bu.wAN sA.dZe p«.ÄA.bAh tu bu.kAn bo.leh pA.kAj lA.gi]Buang sahaja barang-barang yang tidak berguna itu, bukan boleh dipakai lagi.
melak-melak[m«.lA/.m«.lA/]kata tugasmoga-moga.Melak-melak Ali datang bawak bembarang mak pesan.[m«.lA/.m«.lA/ A.li dA.tAN bA.wA/ b«m.bA.ÄAN mA/ p«.sAn]Moga-moga Ali datang membawa barang-barang yang emak pesan.
kebak[k«.bA/]kata kerja2. mengambil barang orang lain.Itu dah peel die suke kebak barang orang.[i.tu dAh pe/.el di.j« su.k« ke.bA/ bA.ÄAN o.ÄAN]Itu sudah menjadi kebiasaannya, suka mengambil barang orang lain.
123

Kembali ke atas