Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. barang yg dibawa (di atas kuda, keldai, dll) atau dipikul; kuda ~ kuda utk mengangkat beban, kuda muatan; 2. tanggungan (kewajiban) yg berat: dia menjadi ~ kpd kedua-dua orang tuanya; kenaikan harga barang merupakan satu ~ kpd orang ramai; 3. tanggungan drpd kenaikan cukai; ~ berat senggulung batu prb tanggungan yg sangat berat; ~ sudah di pintu prb beban sudah dekat utk dibawa (anak perempuan yg sudah patut dipersuamikan); besar senggulung drpd ~ prb besar belanja drpd pendapatan; ibarat ~ belum lepas dr bahu (kepala) prb belum lepas drpd tanggungan; seberat-berat ~, di atas kepala jua prb betapa pun berat tanggungan harus dipikul sendiri juga (orang lain hanya sekadar membantu); seberat-berat ~, laba jangan ditinggalkan prb walaupun sedang mengerjakan pekerjaan berat tetapi kalau ada jalan keuntungan, jangan dibiarkan lalu saja keuntungan itu; tiada ~ dicari ~, pergi ke pulau batu digalas prb mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri; membebani memberi beban (tanggungan yg berat) kpd, menyebabkan atau membuat seseorang menanggung beban: ~ murid dgn kerja rumah; kebanyakan mereka kini dibebani oleh tugas dan tanggungjawab yg berat;membebankan memberikan beban: tugas yg berat dibebankan kepadanya; kerja yg ~;bebanan beban;pembebanan perbuatan membebani atau membebankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 benda berat yg dibawa ketika berjalan; barang-barang yg diletakkan di belakang kuda dsb: Mana mampu saya membawa ~ sebanyak itu? 2 apa-apa yg mesti ditanggung oleh seseorang; sesuatu yg susah dilakukan: Apabila kita besar kelak, janganlah hendaknya memberatkan ~ kedua-dua orang tua kita. membebani memberi beban (tanggungan dsb) kpd: Janganlah engkau ~ aku lagi dgn masalah yg dpt engkau selesaikan sendiri. membebankan 1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beban

Peribahasa

Tak beban,
     batu digalas.

Bermaksud :

Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada beban dicari [= mencari] beban).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gepeh[ge.peh]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang tidak sempurna kerana membawa beban yang berat dan banyak; hempah-hempeh.Banyak bena bende yang dibawak sampai gepeh bejalan.[bA.øA/ b«.nA b«n.d« jAN di.bA.wA/ sAm.pAj ge.pehBanyak benar barang yang dibawa hingga sukar untuk berjalan.
gepeh[ge.peh]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang tidak sempurna kerana membawa beban yang berat dan banyak; hempah-hempeh.Banyak bena bende yang dibawak sampai gepeh bejalan.[bA.øA/ b«.nA b«n.d« jAN di.bA.wA/ sAm.pAj ge.peh Banyak benar barang yang dibawa hingga sukar untuk berjalan.
hempah-hempeh[h«m.pAh.h«m.peh]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang tidak sempurna kerana membawa beban yang berat dan banyak; gepeh.Berat sangat barang sampai hempah-hempeh bejalan.[b«.ÄAt sA.NAt bA.ÄAN sAm.pAj h«m.pAh.h«m.peh b«.dZA.lAn]Berat benar barang yang dibawa hingga berjalan pun tidak sempurna.

Kembali ke atas