Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ambek ngap[Am.be/ NAp] berhenti sebentar atau berehat daripada bekerja.Sejak datang mando baru, nak ambek ngap pon tak sempat.[s«.dZA/ dA.tAN mAn.do bA.Äu nA/ Am.be/ NAp pon tA/ s«m.pAt]Sejak datang mandur baru, semua orang tidak ada masa untuk berehat.
luti[lu.ti]kata adjektifteruk (terlalu letih).Seminggu bekeje tak henti-henti, luti badan.[s«.miN.gu b«.k«.dZ« tA/ h«n.ti.h«n.ti lu.ti bA.dAn]Seminggu bekerja tidak berhenti-henti, badan terasa teruk.
itam belekot[i.tAm b«.l«.kot] sangat hitam.Nampak muke kau itam belekot, keje kat tengah panas ke?[nAm.pA/ mu.k« kAw i.tAm b«.l«.kot k«.dZ« Muka engkau hitam benar, bekerja di tengah panaskah?
ngotem[No.tem]kata kerjamembuat kerja sambilan untuk menambah pendapatan.Abang buat ngotem malam ini nak carik duet[A.bAN bu.wAt No.tem mA.lAm i.ni nA/ tSA.Äi/ du.wet l«.bih]Abang bekerja sambilan malam ini kerana hendak mendapatkan wang yang lebih.
melahu[m«.lA.hu]kata kerjamembuang masa tanpa melakukan apa-apa kerja.Orang laen dok keje, kami sorang dok melahu[o.ÄAN lAen do/ k«.dZ« kA.mi so.ÄAN do/ m«.lA.hu]Orang lain asyik bekerja, saya seorang yang duduk tidak membuat apa-apa.
bagi nak rak[bA.gi nA/ ÄA/] sehabis daya, beria-ia benar, bermati-matian.Mereke keje bagi nak rak, tapi upahnye siket.[m«.Äe.k« k«.dZ« bA.gi nA/ ÄA/ tA.pi u.pAh.ø« si.ket]Mereka bekerja sehabis daya tetapi upah yang diterima terlalu sedikit.
kebabal[k«.bA.bAl]kata adjektifberkenaan kulit keras atau tebal pada bahagian kaki atau tapak tangan akibat terlalu kerap membuat kerja, kematu; melulang.Tangannye kebabal kerane kuat bekeje.[tA.NAn.ø« k«.bA.bAl k«.ÄA.n« ku.wAt b«.k«.dZ«]Kulit tangannya keras akibat bekerja kuat.
melulang[m«.lu.lAN]kata adjektifberkenaan kulit keras atau tebal pada bahagian kaki atau tapak tangan akibat terlalu kerap membuat kerja, kematu; kebabal.Hari-hari keje lasak, melulang kaki tangan.[hA.Äi.hA.Äi k«.dZ« lA.sA/ m«.lu.lAN kA.ki tA.NAn]Setiap hari bekerja lasak, keras kulit kaki dan tangan

Kembali ke atas