Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : tanah yg ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil; hutan ~ hutan kecil; ~ sudah menjadi rimba prb kesalahan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bersesapan ~ prb pekerjaan yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lu.kar] | بلوکر

Definisi : (kawasan tanah yg ditumbuhi) pohon-pohon kecil dan rendah; kayu-kayuan yg kecil dan rendah: Kami melangkah dgn hati-hati meredah semak samun dan ~ menuju ke tempat air terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belukar

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merepau[m«.Ä«.pAw]kata kerjameredah semak atau belukar; melangsang.Jangan merepau tak tentu hale, semak tu banyak duri.[dZA.NAn m«.Ä«.pAw tA/ t«n.tu hA.l« s«.mA/ tu bA.øA/ du.Äi]Jangan meredah semak dengan tidak tentu tujuan, semak itu penuh duri.
melangsang[m«.lAN.sAN]kata kerjameredah semak atau belukar; merepau.Awak melangsang tu ape nak carik, kan semak tu penoh duri?[A.wA/ m«.lAN.sAN tu A.p« nA/ tSA.Äi/ kAn s«.mA/ tu Kamu meredah semak itu apa yang hendak dicari, bukankah semak itu penuh duri?

Kembali ke atas