Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Nasi sejuk dihurung semut,
     Bawa gonggong meniti petang;
Berasa sejuk kutarik selimut,
     Baru kutahu badan seorang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berjumpa dengan putih,
     terlesi sangat.

Bermaksud :

Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. lesi (lesih) = terlalu putih.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
senyi[s«.øi]kata adjektifberasa ngeri kerana melihat luka.Senyi kawan nengok luke kat kepale die.[s«.øi kA.wAn ne.No/ lu.k« kAt k«.pA.l« di.j«]Saya berasa ngeri menengok luka di kepala dia.
mi bandung[mi bAn.doN] sejenis masakan mi berkuah yang berasa pedas dan masam-masam manis.   
ampo[Am.p]kata namapermaidani; ampa.Tido atas ampo tu sedap tapi gatal.[ti.do A.tAs Am.poA tu s«.dAp tA.pi gA.tAl]Tidur di atas permaidani itu selesa tetapi berasa gatal.
ampa[Am.pA]kata namapermaidani; ampo.Tido atas ampa tu sedap tapi gatal.[ti.do A.tAs Am.pA tu s«.dAp tA.pi gA.tAl]Tidur di atas permaidani itu selesa tetapi berasa gatal.
ketengi[k«.t«.Ni]kata adjektifmalu kerana kalah tanding atau kena tipu.Die ketengi sebab adeknye dapat nombo satu, die nombo corot.[di.j« k«.t«.Ni s«.bAb A.de/.ø« dA.pAt nom.bo sA.tu di.j« Beliau berasa malu kerana adiknya mendapat nombor satu dan dia nombor corot.
gabas[gA.bAs]kata adjektifberkenaan rasa kebas pada kaki atau tangan kerana terlalu sejuk dan lain-lain.Gabas kaki tangan aku dari semalam.[gA.bAs kA.ki tA.NAn A.ku dA.Äi s«.mA.lAm]Sejak kelmarin kaki dan tangan aku berasa kebas.
jawat[dZA.wAt]kata adjektifcemas kerana berlaku sesuatu yang boleh mengancam nyawa atau keselamatan.Bile kapal kene gelombang, penumpang mule jawat.[bi.l« kA.pAl k«.n« g«.lom.bAN p«.num.pAN mu.l« dZA.wAt]Apabila kapal dipukul gelombang, penumpang mula berasa cemas.

Kembali ke atas