Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
begonom[b«.go.nom]kata kerjabercakap dengan suara yang perlahan.Hai, ngape begonom aje, ade rosiye ke?[hAj NA.p« b«.go.nom A.dZ« A.d« Äo.si.j« k«]Hai, mengapa bercakap perlahan sahaja, ada rahsiakah?
mengkes[m«N.kes]kata adjektifkasar (bercakap).Bile die naek angen, cakap pon mule mengkes.[bi.l« di.j« nAe/ A.Nen tSA.kAp pon mu.l« m«N.kes]Apabila dia marah, bercakap pun mulalah kasar.
memeto[m«.me.t]kata kerjabercakap dengan kuat serta marah-marah.Bile ayah memeto kecot perot dibuwatnye.[bi.l« A.jAh m«.me.t k«.tSot p«.Äot di.bu.wAt.ø«]Apabila ayah sedang marah-marah takut kita dibuatnya.
bincau[bin.tSAw]kata adjektifsuka bercakap.Punyele bincau Mak Cik Jenab, tak sempat kawan nak mencelah.[pu.ø«.l« bin.tSAw mA/ tSi/ dZe.nAb tA/ s«m.pAt kA.wAn nA/ Punyalah becok Mak Cik Zainab, tidak sempat saya hendak mencelah.
gandang[gAn.dAN]kata adjektifriuh atau bising contohnya apabila seseorang atau beberapa orang bercakap dengan nada yang kuat yang boleh menimbulkan kebisingan.Salah siket gandang bunyi mulotnye.[sA.lAh si.ket gAn.dAN bu.øi mu.lot.ø«]Salah sedikit sahaja, riuh rendah dan bising bunyi mulutnya.
gelembong[g«.lem.boN]kata kerjacakap bohong.Jangan awak nak gelembong kawan, kawan tau benda tu tak betol.[dZA.NAn A.wA/ nA/ g«.lem.boN kA.wAn kA.wAn tAu b«n.dA Jangan kamu hendak bercakap bohong, saya tahu perkara itu tidak benar.
kok nai[ko/ nAj] berbual panjang dan meleret-leret antara lelaki dan perempuan; betonyeh.Jangan kok nai tak tentu pasal nanti orang tue marah.[dZA.NAn ko/ nAj tA/ t«n.tu pA.sAl nAn.ti o.ÄAN tu« mA.ÄAh]Jangan bercakap-cakap panjang dengan tidak tentu pasal nanti marah orang tua-tua.
candi[tSAn.di]kata adjektiftidak kekok melakukan sesuatu atau berhadapan dengan orang yang lebih tua atau tinggi kedudukannya.Candinye budak ni, becakap kat pentas pon boleh.[tSAn.di.ø« bu.dA/ ni b«.tSA.kAp kAt p«n.tAs pon bo.leh]Tidak kekok langsung budak ini, bercakap di atas pentas pun dia boleh.
bobak[bo.bA/]kata namapercakapan dan lain-lain yang sedap didengar (umumnya yang tidak benar), temberang.Kalau dah kaki bobak, cakap betol pon susah orang nak pecaye.[kA.lAw dAh kA.ki bo.bA/ tSA.kAp b«.tol pon su.sAh o.ÄAN nA/ Kalau suka temberang, apabila bercakap benar pun orang susah hendak percaya.

Kembali ke atas