Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercampur

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bercampur dengan orang pemaling,
     sekurang-kurangnya jadi pencecak.

Bermaksud :

Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. cecak = copet.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tetel[te.tel]kata namadaging yang bercampur urat, lemak dan lain-lain.Tetel sedap kalau masak dalca.[te.tel s«.dAp kA.lAw mA.sA/ dAl.tSA]Tetel sedap kalau dimasak lauk dalca.
rempeyek tempe[Äem.pe.je/ tem.pe] sejenis makanan yang dibuat daripada tempe yang dipotong nipis dan dicelupkan dalam tepung beras yang bercampur santan dan rempah lalu digoreng.   

Kembali ke atas