Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.ti] | برهاتي

Definisi : 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.ti] | برهاتي

Definisi : mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berhati

Puisi
 

Kancingnya tujuh,
     Mengecipuk air di dulang;
Kalau Si Awang berhati sungguh,
     Ambil sebiji dibawa pulang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Gajah berhati,
     kuman pun berhati juga.

Bermaksud :

Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.

 

Lihat selanjutnya...(21)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
celeh[tS«.leh]kata adjektiftajam pengamatan dan berhati-hati.Bile dah besa panjang maken die celeh bile buat keje.[bi.l« dAh b«.sA pAn.dZAN mA.ken di.j« tS«.leh bi.l« bu.wAt Apabila sudah besar panjang, dia semakin berhati-hati apabila membuat kerja.
bedembon[b«.d«m.bon]kata kerjaberjalan lambat dalam keadaan yang berhati-hati.Tempat lecak ni, bedembn aje jalan tu, lambat sampai pon tak ape.[t«m.pAt le.tSA/ ni b«.d«m.bon A.dZ« dZA.lAn tu lAm.bAt sAm.pAj pon tA/ A.p«]Tempat yang lecak begini, berjalanlah lambat-lambat dan berhati-hati, lambat sampai pun tidak mengapa.
gelenya[g«.l«.øA]kata namaanting-anting.Ati-ati nanti ilang gelenya kat telinge tu.[A.ti.A.ti nAn.ti i.lAN g«.l«.øA kAt t«.li.N« tu]Berhati-hati supaya tidak hilang anting-anting di telinga tu.
siyo[si.jo]kata namatempat duduk tukang perahu.Hati-hati duduk kat siyo tu, nanti tepelanteng.[hA.ti.hA.ti du.du/ kAt si.jo tu nAn.ti t«.p«.lAn.teN]Berhati-hatilah semasa duduk di bahagian tempat duduk tukang perahu itu, nanti terpelanting.
meranai[m«.ÄA.nAj]kata adjektifberkenaan perahu atau sampan yang sarat muatan.Meranai nampak perahu tu, baek-baek siket, depan sane ade jeram.[m«.ÄA.nAj nAm.pA/ p«.ÄA.hu tu bAe/.bAe/ si.ket d«.pAn ]Berat benar muatan dalam perahu itu, berhati- hatilah kerana di hadapan sana ada jeram.

Kembali ke atas