Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan] | برجالن

Definisi : 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki,
     berkata peliharakan lidah.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melojok[m«.lo.dZo/kata kerjaberjalan sambil tunduk.Hai, melojok aje, tak noleh kiri kanan.[hAj m«.lo.dZo/ A.dZ« tA/ no.leh ki.Äi kA.nAn]Hai, berjalan tunduk sahaja, tidak menoleh kiri dan kanan.
bederon[b«.d«.Äon]kata kerjaberjalan beramai-ramai dengan perlahan-lahan.Nampak ramai aje bederon ke sungai.[nAm.pA/ ÄA.mAj A.dZ« b«.d«.Äon k« su.NAj]Kelihatan ramai orang yang berjalan perlahan-lahan menghala ke sungai.
menjarah[m«n.dZA.ÄAh]kata kerjaberjalan membuang masa tanpa tujuan.Budak-budak kumpulan tu suke menjarah saje.[bu.dA/.bu.dA/ kum.pu.lAn tu su.k« m«n.dZA.ÄAh sA.dZ«]Budak-budak dalam kumpulan itu suka berjalan tanpa tujuan sahaja.
berondok[b«.Äon.do/]kata kerjaberjalan berkelompok-kelompok atau secara berkumpulan.Bebudak tu berondok kulu, berondok kile, entah ape nak dicarik.[b«.bu.dA/ tu b«.Äon.do/ ku.lu b«.Äon.do/ ki.le «n.tAh A.p« ]Budak-budak itu berjalan beramai-ramai ke hulu dan ke hilir, entah apa yang hendak dicari.
beronai[b«.Äo.nAj]kata kerjaberjalan berderet-deret menuju ke sesuatu arah atau tempat.Asal orang nak jalan, beronailah engkau semue ngikot.[A.sAl o.ÄAN nA/ dZA.lAn b«.Äo.nAj.lAh «N.kAw s«.mu.w« ]Apabila kita hendak pergi berjalan, berderet-deretlah engkau semua mengikut.
henjang-henjot[hen.dZAN.hen.dZot]kata kerjaberjalan mundar-mandir (orang).Asal petang aje henjang-henjotle die depan rumah ni.[A.sAl p«.tAN A.dZ« hen.dZAN.hen.dZot.l« di.j« d«.pAn Äu.mAh ]Apabila hari petang, dia berjalan ke hulu dan ke hilir di hadapan rumah ini.
teambau-ambau[t«.Am.bAw.Am.bAw]kata kerjaberjalan bergoyang-goyang dan terhoyang-hayang.Teambau-ambau lagi kami jalan, maklom maseh dalam ari.[t«.Am.bAw.Am.bAw lA.gi kA.mi dZA.lAn mA/.lom mA.seh Tergoyang-goyang lagi saya berjalan, maklumlah masih dalam pantang.
ngelenot[N«.le.not]kata adjektifberkenaan punggung yang bergoyang ke kiri dan kanan apabila berjalan; mengayak.Jangan ngelenot bile jalan, nanti orang pandang.[dZA.NAn N«.le.not bi.l« dZA.lAn nAn.ti o.ÄAN pAn.dAN]Jangan ngelenot apabila berjalan, nanti orang pandang.
gepeh[ge.peh]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang tidak sempurna kerana membawa beban yang berat dan banyak; hempah-hempeh.Banyak bena bende yang dibawak sampai gepeh bejalan.[bA.øA/ b«.nA b«n.d« jAN di.bA.wA/ sAm.pAj ge.pehBanyak benar barang yang dibawa hingga sukar untuk berjalan.
ketotol[k«.to.tol]kata kerjaberjalan laju dan tidak menoleh ke kiri dan kanan terutamanya apabila sedang membawa sesuatu barang di kedua-dua belah tangan; ketetel.Ketotol aje jalan sampai tak nampak orang kiri kanan.[k«.to.tol A.dZ« dZA.lAn sAm.pAj tA/ nAm.pA/ o.ÄAN ki.Äi Berjalan laju hingga tidak nampak orang di kiri dan kanan.
12

Kembali ke atas