Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
canguk[tSA.No/]kata adjektifpenat yang amat sangat.Sebab dah uzo, buat keje sikit dah canguk.[s«.bAb dAh u.zo bu.wAt k«.dZ« si.kit dAh tSA.No/]Oleh sebab badan sudah uzur, buat kerja sedikit sudah terasa betul-betul penat.
ala ale[A.lA A.le] berkenaan cara berpakaian yang tidak kemas.Pakai betol-betol seluwo tu, jangan ala ale aje, malu kawan.[pA.kAj b«.tol.b«.tol s«.lu.w tu dZA.NAn A.lA A.le A.dZ« mA.lu kA.wAn]Pakailah seluar itu betul-betul, jangan nampak tidak kemas, nanti malu saya.
mengelon[m«.Ne.lon]kata kerjamenyusun sama lebar lipatan kain kurung Johor dengan kemas, sama ada dikumpulkan di sebelah kiri atau kanan kemudian diikat dengan tali pinggang atau ‘tali perut’.Mengelon kaen tu biya betol-betol karang beranak.[m«.Ne.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kA.ÄAN b«.ÄA.nA/]Mengikat kain itu biar betul-betul, nanti beranak.
ledot[l«.dot]kata adjektifpekat (biasanya santan).Ledot betol santan kelape tu.[l«.dot b«.tol sAn.tAn k«.lA.p« tu]Pekat betul santan kelapa itu.
ngeriak[N«.Äi.jA/]kata adjektifbanyak.Anak ayam tu ngeriak betol.[A.nA/ A.jAm tu N«.Äi.jA/ b«.tol]Anak ayam itu banyak betul.
tak beketik[tA/ b«.k«.ti/] tidak bergerak.Nyenyaknye iye tido, tak berketik pon.[ø«.øA/.ø« i.j« ti.do tA/ b«.k«.ti/ pon]Nyenyak betul ia tidur, tidak bergerak pun.
mengotoi[m«.No.toj]kata adjektifcomot.Malas bena engkau ni nak mandi, mengotoi muke.[mA.lAs b«.nA «N.kAw ni nA/ mAn.di m«.No.toj mu.k«]Malas betul engkau ini hendak mandi, nampak muka pun comot.
baghal[bA.ÄAl]kata adjektifbodoh.Baghal betol budak ni, laen orang suroh, laen dibuwatnye.[bA.ÄAl b«.tol bu.dA/ ni lAen o.ÄAN su.Äoh lAen di.bu.wAt.ø«]Bodoh betul budak ini, lain yang disuruh lain pula yang dibuat.
menyanyah[m«.øA.øAh]kata adjektiflalai, salah tanggap kerana kurang memberi perhatian.Engkau ni menyanyah betol, laen disuroh laen dibuwat![«N.kAw ni m«.øA.øAh b«.tol lAen di.su.ÄohEngkau ini lalai betul, lain yang disuruh lain yang dibuat!
selak[s«.lA/]kata kerjaterhenti gerak pernafasan akibat banyak ketawa atau menangis.Kelaka betol cerite tu, sampai penonton selak.[k«.lA.kA b«.tol tS«.Äi.t« tu sAm.pAj p«.non.ton s«.lA/]Lucu betul cerita itu hingga penonton ketawa berdekah-dekah dan terhenti sejenak pernafasan.
12

Kembali ke atas